Wednesday, March 24, 2010

cikgukah aku?

Assalamualaikum...

praktikum hari ketiga di sk seri kepayang.

perasaan takut tiba2 muncul dalam hati aku. timbul pelbagai persoalan dalam kotak fikiran aku yang sebelum ni rasa tenang dan tenteram.

"bolehkah aku mengajar?"
"bagaimana hendak mengajar mereka?"
"betulkah cara yang aku gunakan ni?"
"adakah mereka faham dengan apa yang aku ajar?"


wah... takutnya.

hari ni merupakan kelas aku yang pertama secara rasminya. jika sebelum ini aku hanya berkenalan dengan anak2 murid aku, namun kali ni aku akan mendidik mereka, membimbing
mereka, mengajar mengikut silibus sebenar dan ini bukan senda gurau. dalam keadaan yang belum cukup bersedia, aku masuk juga kelas tersebut.

sebelum masuk ke dalam kelas aku sempat meminta sedikit tips2 berguna daripada guru pembimbing saya iaitu cikgu kamarzaman. ternyata ianya amat membantu dalam pengajaran aku. dari sudut ansur maju sehinggalah cara tebaik untuk mengajar. terima kasih kepada cikgu kamarzaman yang banyak membantu, proses PnP aku berjalan lancar. murid2 sangat supportive, dengar cakap dan berani mencuba. bagus! harapan agar murid2 faham... huhu.

balik nak buat RPH... tak reti buat. tak ada idea... adeh~


*siapa2 nak membantu cikgu waki create aktiviti bolehlah lemparkan idea dimana2 link saya ye. pertolongan anda amat membantu. untuk makluman sekarang dah sampai topik "mulitiplication of decimals".

No comments:

Post a Comment