Monday, March 22, 2010

sekolah itu...


Assalamualaikum...

hari pertama praktikum aku di SK seri kepayang. banyak kejutan yang tak ku sangka.

satu
sekolah di tengah2 bandar ipoh tapi dalam kategori sekolah kurang murid (SKM). murid lebih kurang 225 orang termasuk murid2 pra sekolah dan murid2 pendidikan khas.

dua
masalah mencari waktu interaksi lapan waktu, sebab jumlah kelas yang terlalu sedikit. telefon lecturer cakap boleh gabung kelas. so gabunglah...

tiga
tapak perhimpunan sebesar court sepak takraw.

empat
sekolah tiada guru besar. guru besar lama sudah pencen dan yang baru ambil cuti kerana sakit.

lima
sekolah terpaksa bergabung padang dengan tiga sekolah lain yang berdekatan.

enam
semangatnya nak mengajar!

banyak lagi sebenarnya...

ya Allah... jadikanlah aku seorang guru yang baik.

No comments:

Post a Comment