Sunday, March 21, 2010

yudin in teachingland

Assalamualaikum...

al kisah...

pada suatu masa dahulu di sebuah jajahan takluk tambung terdapat seorang tukang orang bernama yudin al-sabaki. al-sabaki ni masih lagi menuntut di salah sebuah pusat latihan membuat orang yang sangat masyhur pada ketika itu iaitu di pergunungan kintawulu.

pada suatu hari raja kintawulu bertitah supaya al-sabaki pergi ke sebuah tempat yang diberi nama seri kepayang untuk menguji ilmu al-sabaki. maka dengan itu mengembaralah al-sabaki membawa ilmu2 yang dia telah pelajari untuk diuji.

jajahan takluk seri kepayang terletak berdekatan dengan pusat dagangan kotak mancis terbesar di negara lipoh bernama Gilintaunmol dan selang tiga sungai dengan jajahan takluk seri kinta. kedudukan seri kepayang yang agak jauh dari tambung memaksa al-sabaki keluar awal untuk sampai masa masa yang ditetapkan. pelbagai halangan yang perlu dirempuhi oleh al-sabaki untuk sampai ke seri kepayang antaranya terpaksa memberi laluan kepada semut2 gergasi untuk masuk ke sarang dan bergerak bersama-sama siput pantas dalam laluannya.

ternyata perkara ini amat baru buat al-sabaki. namun, demi mencapat matlamatnya menjadi seorang tukang orang yang berjaya, beliau sanggup menempuhinya tanpa rasa segan silu. hihi...
pelbagai jenis orang yang al-sabaki telah hasilkan. walaupun ada dikalangannya adalah hasil gagal, namun beliau tetap berpuas hati kerana keikhlasan mengiringi setiap ilmu yang disampaikan al-sabaki.

hari demi hari, minggu demi minggu, akhirnya tamatlah tempoh ujian yang diperuntukkan oleh raja kintawulu kepada al-sabaki. raja kintawulu mendapati bahawa al-sabaki telah lulus dalam ujian yang diberikan dan bersedia untuk ditempatkan dimana-mana jajahan di bumi. maka bermulalah perjalanan seorang tukang orang untuk mencari keberkatan hidup. berbekalkan ilmu di dada, al-sabaki meredah hutan dan berjumpa orang2 di hadapannya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan orang2 yang terbaik. perjalanan yang penuh ranjau berduri menambahkan lagi pengalaman al-sabaki dalam selok belok menjadi tukang orang.

akhirnya al-sabaki berjaya menjadi tukang orang yang masyhur ketika itu. al-sabaki berpegang teguh dengan pendirian beliau iaitu "jadilah pancang di tengah arus, air mengalir deras, pancang tetap utuh". dengan sandaran yang ada dan keikhlasan yang tinggi sahaja mampu mencapai tahap al-sabaki ini.

begitulah kisah al-sabaki yang tabah menempuh dugaan dan cabaran demi untuk mencapai impiannya sebagai seorang tukang orang yang berjaya. akhirnya al-sabaki bahagia dan berbangga dengan kejayaan yang telah dibina. hiduplah al-sabaki... happily ever after.

(^o^)/ ni la jadi bila aku dah tak tahu nak buat apa. hehe... enjoy geng!

*cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. nama dan situasi di dalam cerita di atas hanya rekaan penulis semata-mata. sekadar hiburan dikala bosan.

No comments:

Post a Comment