Friday, April 9, 2010

khamis dan jumaat...

Assalamualaikum...

praktikum hari ke-14:

hari ni telah diadakan raptai penuh untuk hari sukan. jadi kelas aku hari ini dibatalkan dengan serta merta. susah juga nak mengawal kerenah murid2 sekolah rendah ni. jaga sini yang sana dah melompat-lompat. suruh sini diam sana dah macam pasar. lagi2 la kalau dah kat padang, mind set murid2 ni tak lain tak bukan mesti nak melompat, berlari, tunjuk kehebatan masing2 dan tak kurang yang menjerit-jerit.

fuh~ penat jugak raptai hari sukan ni, disebabkan padang pun kami pinjam dari sekolah lain, maka banyaklah benda yang perlu diangkat sendiri, lebih2 lagi untuk peralatan2 sukan. nasib baiklah murid2 sekolah ni pantang disuruh angkat peralatan PJ, mesti nak berebut. lagi banyak angkat lagi mereka seronok. senang sikit kerja cikgu.

habis raptai penuh semalam lebih kurang pada pukul 12 tengahari. penat tak payah ceritalah. tapi memang seronok. banyak pengalaman yang aku perolehi. macam ni rupanya cikgu2 bila hari sukan. tak sempat nak rehat langsung.

praktikum hari ke-15: bila harimau tunjukkan belangnya...


seperti biasa, hari ni kelas aku merupakan pengajaran berpasangan bersama malek. kelas sasaran ialah murid2 darjah 4. untuk sesi pertama pengajaran diambil alih oleh malek. sesi kelas aku ialah selepas rehat.

memang tak dinafikan, ini kali pertama aku marah2 dalam kelas ni. dah lama dah aku tengok je. masa cikgu malek ajar mereka bising, 15 minit pertama aku mengajar pun begitu juga. sampailah pada satu tahap yang aku sendiri pun tak suka. dengan keadaan murid yang tak duduk tempat masing2, ada yang rasa diri dah hebat, yang bising tak reti nak diam dan ada juga yang bergaduh sampai menangis. memang di luar kawalan.

apa yang aku buat? keluarlah suara raksasa aku, menengking mereka. memang sepuluh minit rasanya aku marah2 je dalam kelas. satu kelas senyap. mungkin terkejut. aku memang tak bagi peluang seorang pun berkata-kata masa tu. pendirian aku berbeza kali ni. dengan harapan mereka semua sedar. sekejap je kot. huhu~

habis kelas aku terus balik ke bilik guru. masing2 senyap je, mungkin dengar aku marah2 kot tadi. mana tak senyap, kelas darjah 4 betul2 sebelah bilik guru. huhu...

No comments:

Post a Comment