Thursday, May 13, 2010

kita dan keadaan kita yang memaksa...

Assalamualaikum...

pernah satu ketika di mana kita akan berada dalam situasi yang memaksa kita melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa. maksudnya? contohnya macam ni lah, kita mempunyai seorang rakan dan rakan ni terus menerus melakukan maksiat di depan mata kita. bukan kita tak nak tegur, tapi kalau di tegur dia akan melenting. lagipun kalau ditanya bab-bab ni memang dia bagus! salute! salahkah aku tak tegur? makin lama makin menjadi-jadi.


bila cakap pasal tegur-tegur orang ni tiba-tiba teringat pasal satu hadis ni. kita semua yang sekolah sampai tingkatan dua mesti belajar ni.

عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

[رواه مسلم]

maksudnya: daripada Abi Sa'id Alkhudri radiallahuanhu berkata: beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, dan jika tak mampu ubahlah dengan kata-kata, dan jika tak mampu ubahlah dengan hati, dan sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman.

hadis kat atas ni jelas menunjukkan bahawa islam menganjurkan umatnya untuk mencegah kemungkaran melalui tiga peringkat atau tahap kemampuan. pertama menggunakan tangan iaitu kekuatan, kuasa, senjata, pisau, parang dan sewaktu dengannya.

yang kedua dengan kata-kata, melalui medium ini kita dianjurkan untuk nasihat-menasihati antara satu sama lain. perkara ni selalu nampak pada golongan-golongan tabligh yang ternyata lebih berani menyatakan persoalan berkaitan agama ni.

bagaimanakah pula dengan kita yang suam-suam sejuk ni? kalau kita lihat peringkat yang terakhir untuk mencegah kemungkaran dalam hadis ni ada dinyatakan pasal mengubah dengan hati. ya... dengan hati. maksudnya kat sini kalau kita tak mampu/malu/takut/belum berani dan sebagainyalah untuk mengubah sebarang kemungkaran yang berada di depan mata, kita masih belum terlambat untuk mengubahnya dengan hati.

bagaimana ubah dengan hati? kalau kita tak mampu nak menggunakan tangan (kekuatan) atau lisan (nasihat) kita masih diberi peluang untuk menjadi sebahagian dari unit dakwah islamiah iaitu dengan menyatakan di dalam hati bahawa perkara yang dilihat tadi adalah maksiat dan berusaha untuk menjauhkan diri daripada melakukannya. alangkah baiknya kalau dalam diri setiap muslim ada sifat ini. mesti dengan sendirinya maksiat dapat dikurangkan.

apa yang jelasnya disini ialah kesedaran. sejauh mana kesedaran kita terhadap kepentingan agama berbanding kepentingan hidup di dunia yang jelas bersifat sementara. sesungguhnya tanggunjawab berdakwah terletak pada semua individu muslim, jadi jangan ingat kita ni suam-suam sejuk tak perlu nasihat orang jadi baik. fikir-fikirkanlah dan ambil input daripada hadis di atas. ingatlah kawan-kawan, ubahlah dengan apa cara sekalipun asalkan ianya ke arah kebenaran.

sekian cetusan fikiran dari aku kepada korang... selamat malam!

No comments:

Post a Comment