Assalamualaikum...
dalam kehidupan sehari-hari aku jumpa ramai orang. perangai pulak macam-macam. ada orang yang sempoi, gila-gila, alim, baik, ramah dan sebagainya. memang benda ni mewarnai hidup aku lah. tapi dalam banyak-banyak yang ok tu ada juga yang tak ok sebenarnya. tak tahulah kita yang tak ok ke tak pun dia yang tak ok.
satu perangai orang ni yang aku tak faham ialah perangai orang yang nak kita hormat dia tapi dalam masa yang sama dia memang tak suka kat kita. kita jumpa kita senyum tapi dia buat muka ketat. ok tak apalah tapi ada sekali kita dekat ingat nak sembanglah tapi dia boleh pulak blah macam tu je. aduss... sakit hati jugak kadang-kadang.
kita ni kadang-kadang ada tahap segan tu. sebab kadang-kadang orang yang kita nak ramah tu bukan sama jantina. kita nak tegur sebab mungkin dia lebh tua daripada kita. bukan apa kalau kita dah banyak kali dah cuba nak menjadi orang yang paling ramah tapi tengok orang tu boleh pulak buat muka sardin dia memang tebal muka ni nak tegur banyak kali.
tahu-tahu je ada orang tegur cakap ada orang tak puas hati dengan kita sebab kita sombong katanya. tak tahulah, kita ni masih dalam proses belajar tapi kalau orang buat kita macam ni memang down gak member. tak membantu langsung masalahnya...
ok post ni sekadar luahan perasaan aku nak share kat kawan-kawan. sebenarnya banyak lagi ragam orang yang kita tak boleh faham. apa-apa pun akan ku coba tegur orang tu walau pun aku terpaksa berlakon dahulu. kalau tak boleh jugak terima je la nak buat macam mana. apa-apa pun kalau kita dah masuk satu-satu komuniti memang benda-benda macam ni la yang kita akan jumpa. kena pandai adaptlah. jangan sampai tak boleh buat kerja sudah...
sekian~
salam...emmm mcm pernah hadapi je situasi kat atas nie...huhu..tp xpe, bykkan bersabar je.. Sesungguhnya orang lain xthu niat kita sebenar tapi cukuplah ALLAH S.W.T yang thu & setiap yg berlaku ada hikmahnya...~maaf lau byk merapu~..^_^
ReplyDeletesalam, entahlah
ReplyDeletehehe... tq2 for da advice... tp memang benda2 macam ni la kita akan hadapi kelak... so smua kne get prepared...
ReplyDelete