Sunday, August 29, 2010

program wajib setiap tahun...

Assalamualaikum...

lokasi: kuala lumpur
masa: 28 ogos 2010
jumlah ahli: 6 orang yang tak reti nak balik kampung.
target 'aku': beli seluar jeans (sebab yang lama kena curi masa tengah sidai kat luar rumah)
lain-lain: nak rakam video untuk pertandingan membuat video tema kemerdekaan/1malaysia anjuran ipg.

ya... program wajib untuk kelas kami (budak lelaki je...) sejak tiga tahun lepas adalah jalan-jalan kuala lumpur time bulan puasa. buat apa? bukan nak shopping sangat pun, just jalan-jalan nak berbuka puasa kat sana sambil tengok-tengok suasana bandaraya kuala lumpur musim-musim nak raya ni.

baiklah perjalanan dari ipoh semalam bermula pada pukul 8.30 pagi menaiki bas plusliner 2 tingkat (kali pertama naik bas 2 tingkat ;)) dan sampai di kuala lumpur sentral lebih kurang pada pukul 11.00 pagi. destinasi pertama adalah sogo. memang ramai orang kat tempat ni, sebab aku tengok nak naik escalator pun kena beratur. fuh~

adalah dalam sejam lebih kat dalam sogo tu sebab ada member yang beli seluar jeans. orang punyelah ramai sampai nak jalan pun susah (tak akan rasa macam ni kat jusco ipoh). kat sini je dah rasa penat macam apa, maklumlah bulan-bulan puasa ni berjalan.

seterusnya, kami teruskan perjalanan ke lorong tunku abdul rahman dan jalan masjid india sebab ada rakan nak beli baju raya (aku dah 2 tahun tak pakai baju raya baru. huhu...) dan aku sendiri nak beli seluar jeans kalau-kalau ada yang murah. kat sini pun nak jalan bukan main susah. kalau tahun lepas sempat ronda-ronda kali ni memang tak sempat nak ronda. dah lalu tak akan lalu lagi. so, kalau nampak benda nak beli terus je beli. Alhamdulillah dapat juga seluar jeans tu akhirnya.

singgah jap sembahyang zohor kat masjid india. sejam lepas tu baru sambung perjalanan. kali ni kami berjalan kaki ke pasar seni. tak tahu nak cari apa pun. jadi bila dah masuk tempat yang dicari adalah tempat untuk merehatkan kaki. akhirnya kami pergi ke foodcourt cm. segan jugak walaupun kami tak order apa-apa nak makan (puasa k...) tapi meja-meja lain penuh dengan orang yang makan (bukan islam...).

dalam pukul 4 kami keluar dari pasar seni menuju ke jusco taman maluri, cheras sebab ada senior ajak buka puasa ramai-ramai. dapat bubur lambok free masa keluar cm dan bawa ke hulu ke hilir (segan woo...). sampai jusco dalam pukul 5 lebih (awal!!). awal lagi nak tunggu buka puasa sampaikan ada kawan yang tertidur kat kerusi menunggu kat dalam jusco tu.

hari ni mereka ajak kami berbuka di restoran black canyon. sedap makan kat sini (aku makan american fried rice a.k.a nasi goreng usa) dan ini kali pertama aku cuba makan kat black canyon. kat ipoh ada je restoran ni. sembang-sembang dah lama tak jumpa senior ni dan lepas tu buka puasa sama-sama. Alhamdulillah... kenyang... sedap...

lepas tu ingat nak bawa kami makan ais krim kat ice room, cheras tapi tiket kami balik ipoh awal sangat so tak jadilah nak join mereka. nak dijadikan cerita kami tertinggal bas balik ipoh tu. tiket pukul 9.50 malam tapi kami sampai pukul 10.00. huhu.. terpaksa beli tiket baru pukul 10.50 nasib baik ada dan dapatlah harga kanak-kanak. murah sikit.

sampai ipoh pukul 1.15 pagi (laju betul driver tu bawak bas) tapi aku tak sedar pun sebab tahu-tahu dah sampai ipoh (tidur lena dalam bas). balik singgah makan kat restoran wawa kat tambun, sambil tengok bola sambil makan sahur. sebab balik rumah tak larat dah nak bangun sahur.

itulah rentetan (eceh...) perjalanan aku sepanjang satu hari ke kuala lumpur semalam. tahun depan nak pergi lagi ke geng? penat woo...

No comments:

Post a Comment