Tuesday, September 7, 2010

restoran d'hentian, batu 8 teluk intan~

Assalamualaikum...

lokasi: restoran d'hentian batu 8, teluk intan.
tujuan: berbuka puasa dengan anak-anak perantauan sabak bernam ;)
golongan sasaran: siapa-siapa yang rasa pernah duduk sabak
sampingan: shopping raya.

baiklah, semalam merupakan hari yang agak bersejarah buat anak-anak perantauan sabak bernam kerana telah diadakan majlis berbuka puasa yang sangat grand (bajet~) sehinggakan penuh restoran tu dengan orang-orang "sabak".

ok cukuplah tu menipu, sebenarnya dalam perancangan yang sangat ad hock tu, memang ramai jugaklah golongan sasaran yang nak diajak berbuka puasa tu. tapi malangnya sebab buat last minute dan ramai yang belum balik kampung lagi, hasilnya cuma 6 orang je yang dapat hadir. tak apa kita on jugak! hehe...

antara menu santapan. siakap stim halia~


siakap 3 rasa... pergh~


antara yang hadir...


tentatifnya mudah, datang awal pukul 4 kat restoran tu, order makan. lepas tu jalan-jalan shopping raya sikit dekat bandar teluk intan, patah balik restoran kalau rasa-rasa masa berbuka dah nak dekat dan akhir sekali adalah melantak. hoho~

tapi jalan-jalan kat teluk intan semalam memang best sebab tak ingat dunia kejap. adeh~ dengan orang yang sangat ramai (tu belum malam raya lagi tu...) dan pilihan bershopping yang membuatkan aku rambang segala-galanya.

apa-apa pun ucapan terima kasih yang teramat sangat aku ucapkan kepada semua rakan-rakan yang telah sama-sama hadir untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ringkas anak-anak perantauan sabak bernam kami tu. tahun depan ramai la sikit baru best sikit. hehe... adios~

2 comments: