Friday, November 12, 2010

dinner with senior!

Assalamualaikum...

agak-agak 20 tahun lagi aku masih ber'blogging' ke tak ek? mesti seronok kan kalau tengok balik blog kita masa zaman muda-muda. banyak kenangan rupanya. cakap pasl kenangan ni nak cerita sikit pasal makan malam kelas aku dengan abang-abang dan kakak-kakak senior unit E3 dan E4 matematik baru-baru ni. memang satu kenangan yang indahlah aku kira.

bertempat di regency hotel ipoh, kami selaku junior yang paling rapat dengan senior-senior E3 ni dijemput untuk sama-sama makan malam dengan mereka (berbayar. haha...) sebagai tanda ucapan terima mereka terhadap kami. yeke? tak tahu pun. hehe... tapi memang satu penghargaanlah sebab dijemput sama. tarharu beb!

malam yang aku kira sangat grand dan ala-ala vogue gitu. dengan bertemakan "passion + fashion = infiniti appreciation" jamuan makan malam tersebut memang cikgu-cikgu ni dressing tak ingatlah. kami yang dijemput ni memang ala kadar je dressing sebab aku pun lemah sikit bab-bab fesyen ni. kalau tengok ladies memang ada yang sampai aku tak kenal. lawa! haha...

baiklah biarkan gambar bercerita.

menunggu majlis nak mula. ni kawan-kawan kelas aku.

yang ni pulak geng-geng wanita kelas aku.

yang ni jangan tanya siapa. speck smart tapi pinjam.
ni senior-senior chinese kami. dressing tak ingat.

senior-senior bergambar dengan para pensyarah

cikgu-cikgu yang kuat melaram. hehe...

siap ada prince and princess dengan king and queen of the night ye.
mereka lagi. posing maut. haha...

mereka posing kat pentas kami posing kat belakang dah le. uhuk2~

gadis-gadis kelas kami pun nak jugak. hehe..

haa.. yang ni senior-senior melayu pulak.

cowok ganteng E3. euww... geli pulak. haha...

masing-masing bajet macho. yang depan tu betul-betul macho (perasan! haha...)

orang nak balik dah tapi semua semangat snap gambar lagi.

ni gambar terakhir aku rasanya. yang macam witch tu mama kami ye. (jangan marah puan. hihi..)
selain aktiviti bergambar kami ada aktiviti makan-makan dan sudah tentulah makanannya ala-ala orang putih sampai aku pun tak reti nak ambil macam mana. aku jarang makan kat hotel ni tapi malam tu memang aku melantak sampai kembung perut. ish3..

sebagai penutup ni teringat pulak video presentation yang dipersembahkan ketika majlis berlangsung mengenai kata-kata pensyarah kepada bakal-bakal guru ni. memang banyak kata-kata yang memberi kesan kat aku (orang lain tak tahulah). antaranya yang aku ingat "success is a journey of life, failure is not the end of it" lebih kuranglah sebab bahasa orang putih aku lemah sikit.

kepada abang-abang dan kakak-kakak unit E3 dan E4 yang bakal posting tahun depan aku nak ucapkan selamat memulakan hidup baru dan ucapan terima kasih banyak-banyak sebab sebagai senior anda semua memang banyak membantu kami kat IPG. jangan lupakan kami adik-adik yang comel ni ye. ahaks! didiklah anak bangsa kita dengan ikhlas dan komited. balasan yang setara hanya Allah yang berhak tentukan. SELAMAT BERTUGAS CIKGU!

6 comments: