Saturday, December 4, 2010

akibat berblogwalk.

Assalamualaikum...

sebenarnya entri ni aku pernah keluarkan suatu ketika dahulu (bajet dah lama sangat blogging). tiba-tiba rasa teringin nak buat balik entri ni sebab perkara ni pernah berlaku beberapa hari lalu.

biasalah kalau orang blogwalk menjadi kemestian untuk kita meninggalkan link di shoutbox atau chatbox. dan untuk yang lebih rajin akan meninggalkan komen untuk sesebuah entri.

tapi sedar tak korang kalau kita tersilap menaip alamat link, kita akan dibawa masuk ke laman web bible terbesar di dunia iaitu mega bible?

kalau tak percaya cuba korang taip alamat link blog korang tapi tukarkan 'blogspot' tu dengan 'logspot' atau 'blogpsot'. nanti sampailah kat laman web mega bible.

nampak tak? licik bukan mereka? sama ada ianya kebetulan atau memang sudah menjadi agenda mereka, mungkin untuk merosakkan akidah kita. siapa tahu...

bagi kawan-kawan yang sedang asyik berblogwalk tu. pastikan dahulu alamat link korang tu betul dan tak tersilap ejaan dan sebagainya. maklumlah kita kadang-kadang nak cepat. hehe.. amar makruf nahi mungkar... =)

10 comments: