Assalamualaikum...
bersempena sambutan tahun baru ni, ramailah orang yang ingin berubah. yang malas nak jadi semakin rajin, yang selalu tidur dalam kelas lepas ni nak fokus, yang berbadan besar berazam nak kurus dan macam-macam lagilah yang penting kepada kebaikan.
tapi pernah tak kita memberi peluang kepada seseorang untuk berubah?
sebagai contoh bekas penagih dadah yang ingin bertaubat. setelah lama berdamping dengan najis dadah, suatu hari hatinya terlintas untuk berubah. dengan hidayah Allah dan kekuatan jati diri ketika itu, berjumpalah si penagih ini dengan seorang ustaz di sebuah masjid. tapi kehadirannya dibalas dengan caci maki dan kutukan.
"ala... ko nak bertaubat? jangan haraplah..."
"aku tak percayalah ko nak berubah"
"sekarang je cakap nak berubah, esok buat lagi"
"muka dia ni aku tak percaya langsung nak berubah"
"sekali ko buat salah, selama-lamanya aku tak percaya dah"
banyak lagilah ungkapan-ungkapan caci yang terlintas dalam fikiran kita ni. betul tak? tak rasa negatif sangat ke? caci orang, maki sana-sini. agak-agak diri tu tak pernah buat dosa ke?
kenapa kita sering menghalang orang yang ingin bertaubat? hina sangatkah mereka? alangkah baiknya kalau kita memberi peluang untuk mereka bertaubat. bimbing mereka sebaik mungkin, beri nasihat yang sepatutnya. bukan dengan cara meminggirkan mereka atau mencaci maki tidak tentu hala.
baiklah, dalam perkara ini aku suka membawa diri aku menyelami hati sanubari orang yang ingin berubah tu. cuba bayangkan diri kita ditempat orang tersebut. betapa sedihnya perasaan ketika itu, malah lebih teruk mungkin insan yang sedang hanyut ini kembali ke lembah kejahilan yang sama.
ingatlah rakan-rakan semua, Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari dosanya."
sesungguhnya kita semua tidak terlepas dari membuat dosa. tetapi Allah memberi kita ruang untuk kembali ke pangkal jalan. bertaubatlah..
memang aku akui persepsi orang berbeza, tapi mengapakah kita terus mengadili tingkah laku seseorang melalui masa silamnya? mengapa perlu mendengar daripada individu lain tanpa bertanyakan insan empunya badan terlebih dahulu?
cetek sungguh pemikiran sedemikian. maka, terpaparlah kebodohan diri sendiri yang nampak sahaja baik, tapi hati busuk umpama bangkai. ingatlah, sesungguhnya Allah cintakan orang yang bertaubat. pintu taubat Allah tidak pernah tertutup untuk hamba-hambanya. yakinlah yang seseorang itu boleh berubah.
*luahan hati, menasihati diri...
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud):
ReplyDeleteAku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat..
yup yup. mungkin kite kene sentiase thing +ve. elakkan memikir benda yg yg -ve.
ReplyDeletehoho kadang kadang pyh nk ubah perasaan "tak suke" tu kpd "suke" kan.
bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka
ReplyDeletetitik kebaikan bermula apabila kita ingin melakukan perubahan. =)
ReplyDelete@Noor Haszwani Yusoff pnah dgr jgk hadis ni.. thanks wani atas perkongsian..=)
ReplyDelete@siti rahmah bahrom yup.. susah nk ubah persepsi tu.. tp apa kata klu kita cuba beri peluang pd diri kita untuk memaafkn org lain.. insyaAllah bnde akan jd lbih baik..:t:
ReplyDelete@iszieylyanziy pintu taubat sentiasa terbuka utk hamba2 Nya..=)
ReplyDelete@zureen yup..perubahan pula perlu ke arah yg lebih baik.. kn?
ReplyDeletetakpe..yang penting ada niat.boleh tingkatkan usaha! :)
ReplyDeletejemputlah singgah
http://dyatunteja.blogspot.com/
@TunTeja yup.. niat.. tp dorongn pon prlu kn? ksian org2 yg nk brubah ni..
ReplyDelete