Wednesday, December 8, 2010

dari lukut ke lukut...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, dapat juga aku berjalan-jalan pusing negeri sembilan hari ni. tak percaya aku pusing negeri? tak percaya sudah... hehe. area port  dickson aku dah penah masuk, jadi hari ni aku jalan belah-belah dalam sikit.

atas ehsan seorang rakan menjadi 'tourist guide', dapatlah juga aku jalan-jalan pusing hampir sebahagian negeri sembilan dalam tempoh hampir sehari. terima kasih ye anda yang dimaksudkan!

bermula di lukut, kami bergerak terus ke daerah kuala pilah untuk melawat istana seri menanti. binaan istana lama tanpa menggunakan sebarang paku.

dalam perjalanan kami ada melalui kompleks sukan paroi beberapa tempat yang menarik di negeri sembilan. tapi tak singgah pun..

dalam perjalanan pulang kami sempat singgah mengambil angin di kawasan rekreasi terkenal di negeri sembilan iaitu ulu bendul.

kemudian kami meneruskan perjalanan ke pusat membeli belah terminal one, negeri sembilan ni untuk makan tengahari dan solat zohor. lama jugak tunggu order kfc kat sini. adeh~

lepas makan kami ronda-ronda sebentar di dalam pusat membeli belah tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke daerah nilai untuk ke mydin bandar srimas (betul ke ni?). dalam perjalanan kami ada melalui kawasan baru yang bakal menjadi ipg induk seluruh malaysia.

oleh kerana barang yang hendak dicari tak ada, kami pun balik je lah. tapi sempat juga jalan-jalan area bukit pelanduk untuk melihat keindahahn alam kat situ. ekeke~

sampai rumah pukul 6 petang tadi. penat jugak tapi memang seronok jalan-jalan kat sini. harap-harap lepas ni boleh jalan-jalan sini lagi. seronok2!

10 comments: