Wednesday, December 22, 2010

demi matahari...

Assalamualaikum...

baru-baru ni telinga aku rasa macam seronok je bila dengar lagu-lagu nasyid. hehe... bukan nak cakap aku ni baik sangat. tapi telinga aku ni sensitif bunyi. ekeke... bukan bermaksud aku tak dengar lagu-lagu biasa yang lain sebab aku ni boleh dikatakan dalam kategori up to date lah jugak dalam bab-bab lagu ni. huhu...

hari ni aku nak kongsi sebuah lagu nasyid yang sangat asyik bunyinya bila kita dengar. bukan sahaja asyik untuk kita dengar. malah isi liriknya yang sungguh menginsafkan tu memang sesuai untuk orang-orang yang tak berapa nak insaf macam aku ni.

baiklah lagu ni daripada kumpulan snada bertajuk 'demi matahari'. lagu ni sebenarnya dah lama jugak aku dengar cuma hari ni terasa nak berkongsi dengan kawan-kawan lain. siapa yang dah tau boleh layan sama-sama. kepada yang belum pernah dengar tu jom sama-sama kita dengar.

lagu mp3: 
youtube: [link]

baiklah, sambil-sambil layan lagu tu, mari kita tengok lirik dia pulak.


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


masyaAllah... memang sedap lagu ni. seronok dapat share... =)

No comments:

Post a Comment