Monday, December 6, 2010

selamat tahun baru 1432H!

Assalamualaikum...

di kesempatan ini, aku mohd wakiyuddin bin rosnan, nombor ic 8803031050** ingin mengucapkan selamat tahun baru 1432H kepada seluruh umat islam, rakan-rakan yang mengenali diri ini dan blogger-blogger yang menjadi peneman cuti aku.

semoga, dengan kehadiran tahun baru ini, kita bersama-sama berubah menjadi umat yang lebih positif, buangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. jangan lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. ya... andalah! hehe...

Alhamdulillah, sempat juga aku online hari ni, walaupun sekejap namun, hari ni memang hari yang agak sibuk kerana kuat sangat aku berjalan mencari barang rakan. ades~

tapi, bersyukur sebab sempatlah jugak baca doa awal dan akhir tahun tadi. sempat bersama-sama jemaah surau membaca yasin dan sedikit bontrot untuk dibawa pulang. hehe..

baiklah itu sahaja untuk kali ini, salam maal hijrah aku ucapkan dan semoga ceria-ceria selalu. eh jap2.. apa azam tahun baru anda?


(nak cepat sebab ada kawan nak belanja makan sate malam ni. hihi..)

4 comments: