Tuesday, December 14, 2010

sesak teruk: cancel plan aku hari ni...

Assalamualaikum...

pagi ni aku dan dua orang rakan rancang nak pergi taiping. konon-kononnya nak buat photo shoot kat area taiping. ekeke~ (poyo)

nak gerak dah ni, tiba-tiba hujan. tak apalah tunggu hujan reda kejap. pukul 12.30 tengahari baru gerak dari sabak. singgah kejap hutan melintang untuk solat zohor.

lepas tu singgah makan tengahari kat batu gajah sebelum meneruskan perjalanan masuk lebuhraya utara selatan.

mula-mula tu ok la, lepas tu kira-kira 1 km sebelum masuk terowong tiba-tiba jalan sesak. mula-mula ok lagi, dah lebih setengah jam semua orang mula keluar.

kiranya hari ni aku dapatlah pengalaman berdiri kat tengah-tengah lebuhraya utara selatan. kalau hari biasa siapa berani buat. korang berani ke? hehe...

30 minit pertama seronok. dah masuk sejam kami dah mula bosan. siap boleh sembang-sembang bola dengan seorang pakcik ni. at least dapat kawan baru ye dak? hehe...

oleh kerana terkandas kat tengah highway selama 2 jam lebih, kami pun membatalkan niat nak pergi tangkap gambar. keluar kat exit kuala kangsar. tangkap gambar masjid ubudiah je la.

tapi tension dengan seorang pakcik ni. haish~ tak khusyuk aku sembahyang maghrib tadi. huhu~

2 comments:

  1. waha~~
    duk diri kat highway eh~~
    de tangkap gamba x??

    nak tgk?bukti gitu~~
    lalalala~~

    ReplyDelete
  2. @chittysarahnak bukti? baiklah, entri yang akan datang.. hehe. lgpun dah lama tak buat entri bergambar..

    ReplyDelete