Sunday, January 16, 2011

karipap-karipap cinta...

Assalamualaikum...

aku bukanlah seorang peminat fanatik novel. tak sanggup aku nak habiskan buku novel tebal-tebal yang kebanyakkannya berkisar kisah cinta dan thriller. mungkin ada orang yang minat sebab tu banyak orang baca novel.

semalam sempat berjalan-jalan di kedai buku popular di jusco ipoh dengan housemate. pada awalnya ingin melihat buku rujukan untuk subjek semester ni. namun, tiba-tiba dapat ilham nak beli novel untuk menghilangkan bosan di rumah sempena hujung minggu ni.

jadi, aku pun belek-belek buku kat bahagian novel tu dan kepala aku pantas berfikir. "nak beli novel jiwang-jiwang dan tebal larat ke nak baca sampai habis?" kemudian aku terjumpa novel 'karipap-karipap cinta' ni. tak tebal sangat dan novel komedi. tanpa berfikir panjang aku rembat je novel ni dan pergi kat cashier untuk membayar.


nak menunjukkan tahap kebosanan aku yang melampau, lepas maghrib aku baca novel tu dalam pukul 2 pagi aku dah habis baca. itu pun sempat tengok bola dan makan malam. aku pun terkejut aku boleh layan novel sampai habis.

secara keseluruhannya novel komedi karipap-karipap cinta ni memang cerita yang best, jiwang sikit, mudah difahami, santai dan kelakar. ada sedikit unsur sindiran yang sinis dan memang kena dengan jiwa aku yang happy go lucky ni (haha... perasan..). buku pun taklah tebal sangat dan sesuai untuk sesiapa yang baru nak minat baca novel macam aku ni.

buku ini mengenai kisah seorang lelaki biasa yang memendam perasaan terhadap seorang gadis pelukis komik bertaraf ustazah dan lulusan dari al-azhar. bagaimana beliau memikat gadis tersebut dan penipuan yang memakan dirinya sendiri. penutup yang aku kira kelakar, bagaimana karipap memainkan peranan. haha...

secara overall best. kalau korang tak percaya pergilah ke toko-toko buku berdekatan dan cari buku ni. confirm tak menyesallah. kalau malas nak beli pinjamlah kat kawan yang ada. elok beli je lah sebab tak mahal pun. kalau guna popular card dapat diskaun lagi.

oklah tu semua cerita semalam... hari ni nak buat apa pulak? huhu...

12 comments: