Sunday, January 23, 2011

sibuk betul la semua orang ni...

Assalamualaikum...

tiap kali aku buka fb, tiap kali tu jugaklah aku tengok orang-orang yang sedang sibuk. sibuk dengan apa? dengan hal masing-masing la. semua benda nak cerita kat fb (termasuk aku la tu... huhu~). tu belum kira blog lagi. lagi la sibuk mereka ni.

fb...

ada yang sibuk perli-memerli atau bersenda gurau. kalau golongan ni biasanya dengan kawan rapat masing-masing. kalau mereka ni keluar status orang lain tak payah lah nak menyibuk. hanya mereka je yang faham.

ada yang sibuk nak luahkan perasaan. ada yang kadang-kadang tu marah tak tentu pasal. ada jugak yang gembira tak terkira. kalau marah tu mulalah keluar ayat maki hamun. hurm...

ada yang sibuk nak minta pendapat. kalau itu ini ok tak? kalau macam tu ok? camni tak ok ke? kalau yang ni macam ok sikitlah sebab boleh menggalakkan perbincangan sihat. bagus2...

kat fb jugak kadang-kadang orang sibuk nak berpolitik. hurm... tak salah bagi aku tapi kalau dah campur dengan maki hamun dan mencarut apa faedahnya? kalau macam ilmiah tu nak la jugak aku baca.

kadang-kadang ada yang saja je nak sibuk keluar status sebab dah tak ada benda nak buat. kalau yang ni aku selalu la. sebab aku tak tahu nak post ape kat fb. hehe...

ada jugak yang sibuk share video2 yang diorang rasa best. tag orang ramai2 suruh tengok. hehe...

lagi satu ni kadang-kadang ada orang ni yang kat mana-mana pun dia ada kat fb ni. yang ni memang kuat menyibuk. haha... kat semua status mesti dia ada. sana sini pun dia like. ni mesti spesis happy go lucky ni. haha...

banyak lagi sebenarnya. tak larat nak cerita. korang carilah sendiri...

blog...

kat dunia blog ni lain sikit. sebab blog masing-masing kan, so suka hati diorang la nak post entri apa-apa pun. kebebasan bersuara la katakan (jangan over sudah...).

kat blog ada yang sibuk nak cerita aktiviti harian mereka. kalau best seronok gak kadang-kadang bila baca. kalau tak best, cam hampeh je tu pun nak cerita (aku pun kadang-kadang buat sebab tangan gatal nak menaip. haha...).

ada jugak yang sibuk nak bagi info yang latest. tu yang kadang-kadang blog ni boleh jadi lagi pantas dari berita online. dahsyat kan?

lagi satu, kat blog ni ada jugak kawan-kawan yang sibuk nak masuk contest. ada je contest yang dia masuk. lepas tu tau pulak ada contest2 ni. kalau aku ni time datang mood je join2 contest ni. join jugakkk... haha~

ada yang sibuk berniaga di blog. ok je. menarik jugak bagi aku. tak payah susah2 pergi kedai order online bayar online. lepas tu semua orang jagi gemuk sebab tak pernah berjalan. hehe...

dunia blog ni lagi luas aku rasa. blogger yang tegar tahu la kot.

***

baik, tak kesahlah korang semua nak sibuk pasal apa kat fb atau pun blog. tapi apa salahnya sedikit daripada kesibukan kita tu kongsikan ilmu terutamanya bab-bab agama.

fb...

apa kata kalau kita sibukkan diri sikit share artikel2 agama. eh aku nak aje baca kalau orang share tu. hurm...

tak pun share la video2 ceramah agama. dulu kejap macam femesla share benda ni. tapi sekarang dah kurang dah. kenapa ek?

blog...

apa salahnya secebis ayat dalam entri tu kita serita bab agama. bukan tunggu nak jadi ustaz baru kita nak baik kan?

kita bukanlah baik sangat tapi tak salah berkongsi ilmu bukan? at least kalau kita tak berapa nak betul tu kita betul-betulkan apa yang patut. hihi...

***

ok la tu je kot celoteh pukul 2 pagi aku. renung-renungkan dan selamat semua. wallahua'lam...

8 comments: