Friday, February 4, 2011

cakap 'chow kit road'

Assalamualaikum...

pagi-pagi ni baca berita di internet tiba-tiba aku teringat kata-kata seorang pensyarah mengenai cakap-cakap 'chow kit road'. lebih kurang cakap kosonglah.

antara tajuk di muka berita hari ini 'purata rakyat malaysia baca dua buku setahun'. ini, kalau menurut seorang pensyarah aku cakap-cakap "chow kit bolehlah..."

kenapa macam tu pulak? hujah ni boleh senang-senang je dipertikai. yang baca dua buku setahun tu kena tengok juga siapa respondennya, duduk kawasan mana, apa taraf pendidikannya dan bentuk bahan bacaannya. yela... kalau yang dikaji tu orang duduk pedalaman mana entah memanglah susah nak cari buku, apa lagi nak membacanya.

biasalah, sejak berkecimpung dengan dunia kajian-kajian ni bila keluar je kenyataan apa-apa kat surat khabar atau berita secara automatik kepala aku akan berfikir secara kritis. tu baru kajian tindakan. belum lagi kajian yang lebih general. hehe...

kesimpulannya kat sini, janganlah keluarkan kenyataan kalau setakat cakap-cakap 'chow kit road' je. kalau nak pun kena jelaskan status responden barulah aku boleh percaya sikit. tu pun kena tengok macam mana cara dia ambil responden untuk buat generalisasi. hurm...

ok la tak ada nak cakap dah. adios!

No comments:

Post a Comment