Wednesday, February 9, 2011

masalah aku kat sekolah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dapat jugak aku update blog ni sikit-sikit walaupun agak sibuk dan kepayahan mendapatkan kemudahan internet di sini.

hari ni aku nak cerita sedikit masalah aku kat sekolah sepanjang praktikum. setelah dua kali menghadapi praktikum, sedikit sebanyak aku berasa lebih terurus bila pergi ke sekolah. tak macam dulu rasa macam tak pandai nak bahagi masa.

masalah aku bukan dari segi pengurusan kat sekolah ni tapi masalah dalam memahami murid-murid yang aku ajar. untuk  semester ni aku di minta untuk mengajar murid-murid tahun 3. aku kurang mendalami jiwa murid-murid cilik ni.

tapi nasib baiklah aku sedar tahap penyampaian pengajaran aku ni tidak sesuai dengan murid-murid tu. jika sebelum ini lebih bercorak demokrasi dan asertif tapi kali ini kaedah iu seperti tdak sesuai untuk digunakan.

mungkin selepas ini aku akan mencuba kaedah yang lebih mesra murid-murid cilik. mungkin aku akan menurunkan lagi level penyampaian aku. jadi, kenalah jadi macam budak-budak sikit. huhu...

semalam sempat berjumpa pensyarah di ipg atas urusan praktikum dan penempatan. tak sangka pensyarah bahasa inggeris ingin memantau (observe) aku pada hari jumaat ini. bersediakah aku? bahasa inggeris kot...

terima kasih yang sudi membaca luahan hati cikgu praktikum ni. wish me luck k!

7 comments:

  1. all da best cikgu yudin..
    u can do it..
    ;-)

    ReplyDelete
  2. mat jiwa2 r ko nie.... wat malu owg lampung je...hahaha

    ReplyDelete
  3. @nadiah fatin baek bos! sy cube yakin diri.. x smpai hati nk mrh bdk2 kcek2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. @nadhir agaga.. besela.. kate dlm hati ada taman...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete