Friday, March 4, 2011

sweet 19... lalala~

Assalamualaikum...

tanggal 3 mac 2011, genaplah umur aku 19 tahun. opps... sorry bukan 19 tapi 23 tahun. hehe... perasan muda lah pulak.
makan cikencop. boleh gemok ke tu??

macam biasalah setiap kali hari lahir mesti ada yang wish. saluran nak wish tu memanglah pelbagai seperti facebook, sms dan tak lupa yang wish telefon atau face to face. hehe...

namun, semalam macam-macam perkara berlaku di sekeliling aku. rumah rakan di ipoh terbakar, rakan sepraktikum aku sakit/demam dan memaksanya mengambil cuti sakit hingga ke hari ini. hurm... semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan ini.

akibat daripada perkara yang berlaku semalam tu, aku di tinggalkan keseorangan di sekolah hari ini. pergi sekolah solo... jalan-jalan solo... pergi makan solo... semua solo la. bukan tak ada cikgu-cikgu lain cuma biasalah kalau dah newbie ni memang susah sikit nak masuk dalam dunia orang dewasa ni. hehe...

esok pulak ada mesyuarat pibg dan hari akur janji di sekolah. oleh sebab aku seorang je guru praktikum yang tinggal, hari ni aku dapat tugas yang tak pernah aku jalankan di mana-mana sebelum ni. jadi pengacara majlis esok. fuh... harap-harap semuanya berjalan lancar.

apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi wish hari lahir aku. doakanlah aku selamat sentiasa, semakin beriman, semakin ceria dan semakin kacak. ekeke... sekian sahaja... wassalam...

5 comments:

  1. slmt hari jadi super senior..
    bulan 3 rupanya...sama la..
    smga sntiasa di bwh rahmat Allah..
    moga Allah permudahkan urusan dan berkati perjalanan hidup bersama dia...
    amin,..

    ReplyDelete
  2. @NHYusoff thanks wani.. ooo same ek? ameen... semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. hepy belated besday...moga pjg umr n murah rezeki..jaga dia baik2..klu dia nangeh, siap!! haha

    ReplyDelete
  4. wani: terima kasih..ameen..

    ros: belasah jer wak klau die buat org tu nangis.haha

    wak:impian umur 23>naikkan berat badan anda....huhu

    ReplyDelete
  5. weyhh..ak pun kna jd mc gk..(sj nk bgga gk ngn ko)haha

    ReplyDelete