Tuesday, May 31, 2011

korang nampak tak apa yang aku nampak?

Assalamualaikum...

cuti sekolah dah pun bermula. kawan-kawan pun ramai yang dah balik kampung. biasalah cuti sem budak uni lebih kurang je dengan budak ipg. cuma mereka lebih sikit sampai lepas raya.

jadi, rugilah kalau cuti tak jumpa kawan-kawan lama. macam biasalah hello-hello kawan tanya ada kat kampung tak. adalah 2 orang kawan yang dapat aku contact ada kat rumah. 

"lepas isyak ni jom ngombe2!" (ngombe = minum)

malam tadi keluarlah aku dengan dua orang kawan aku ke pekan sungai besar. tempat dituju kedai makan anak pak din (depan bomba sungai besar) untuk makan-makan sambil sembang.

sampai kedai makan dalam pukul sembilan lebih. sembang punya sembang dari cerita zaman kecil sekolah tadika sampailah ke cerita hantu. maklumlah kawan seorang dah kerja, seorang lagi belajar di unimas. masing-masing ada pengalaman masing-masing.

aku pulak bila cerita pasal hantu ni Alhamdulillah la tak ada pengalaman lagi. bila keluar cerita poconglah apalah memang aku tak tahu. tak penting pun.

borak punya borak tak sedar jam dah menunjukkan pukul 2.00 pagi. kedai makan tu pun dah nak tutup jadi kami pun cepat-cepat bayar dah beransur. lagipun kawan esoknya nak kerja.

sebelum balik tu singgah kat 7 eleven sebab nak topup (lama jugak aku tak topup. huhu...). keluar dari pekan sungai besar tiba-tiba nampak seekor anjing kat tengah jangan sambil tengok ke atas. kami buat tak tahu je.

betul-betul masuk highway sabak-sungai besar sambil bersembang-sembang tiba-tiba...

azam: Astaghfirullah...
ami: eh plastik... plastik tu...
aku: ...................

nasib baik sempat elak. azam teruskan perjalanan sambil tukar channel radio. cari channel ikim tapi cuba banyak kali tak jumpa-jumpa. apa lagi terus jepecut  balik ke rumah masing-masing.

semua senyap sepanjang perjalanan balik. dah sampai rumah sebelum tidur baru mesej kawan-kawan tadi. masing-masing nampak tapi tak berani nak cakap yang bukan-bukan. apa bungkusan putih dan panjang tu buat kat tengah jalan tadi? anjing tu tengok apa kat atas?

hurm... ni semua pengalaman. ketika bersembang sebelum tu aku ada cakap kat kawan-kawan "Alhamdulillah aku tak pernah nampak lagi benda-benda macam tu".

aku cuma berharap apa yang kami tengok tu hanya bayangan kami je. huhu... moralnya jangan balik rumah sampai lewat pagi. tak elok sebab banyak embun. huhu~

9 comments:

  1. Fazmira thegreT F3May 31, 2011 at 2:59 PM

    haaaa,,, kan.. moralnya jangan balik rumah sampai lewat pagi..tak elok sebab banyak embun. :p

    ReplyDelete
  2. tau xpe.. len kali pukul 12 mesti dah kat umah.. haha

    ReplyDelete
  3. ingtkan nk tlong org kdai tu tutup kdi..tu yg blik lmbt..;-p

    ReplyDelete
  4. dei lebih kurang mcm nk tlg la jgk.. tp tlg tlg tgk je la.. eeheh

    ReplyDelete
  5. haaa.. kihkihkih.. banner utk pilihanraya kut yang terbang terbang tuu.. hekhekhek..

    ReplyDelete
  6. mungkinla jgk.. mcm2 kemungkinan ni.. haha.. (nk sedapkn hati pnye psl..)

    ReplyDelete
  7. wak ko nie btl menakutkan aku,,ak dh la rajin blk kampung mlm2..xde tmpt laen ker ko nk citer,,

    ReplyDelete
  8. haha... sape suruh blk mlm2.. aku cter je kt sini kot2 org nk try ke kn..

    ReplyDelete
  9. salam..
    drop by klik klik nffng...
    semoga berjaya dgn blog..
    sama2 klik2...

    ReplyDelete