Saturday, June 18, 2011

pengalaman ke negara orang - medan

Assalamualaikum...

rasa macam dah basi pulak cerita ni. tapi tak apalah nak cerita jugak disebabkan ni blog aku , so suka hati akulah nak cerita cepat ke lambat. hehe...

minggu lepas iaitu bermula 8-11 jun 2011 aku dan 24 orang rakan berkesempatan untuk ke medan, indonesia sebagai lawatan suka-suka. mencari pengalaman di negeri orang. oleh sebab perjalanan aku adalah selama 4 hari 3 malam, so entri ni memang entri panjang. =)

hari pertama - medan dan parapat

kami tiba di lapangan terbang polonia, medan pada pukul 8.00++pagi waktu indonesia. keluar je airport orang dah berebut-rebut "taksi pak.. taksi!", "di sini mau tukar uangnya...". sampai-sampai dah pening kepala. terkejut dengan kesesakan lalu lintas yang riuh rendah dengan bunyi horn, terkejut bila tengok ramai budak-budak mintak sedekah kt trafik light, dan perubahan bahasa (nampak sangat tak pernah ke luar negara).

tourist guide kami (pak jack) terus membawa kami bersiar-siar sekitar bandar medan sebelum ke sebuah restoran untuk sarapan pagi. ni la pertama kali kami bayar makanan sampai beribu-ribu. hehe... aku try makan lontong begedil dengan lemon ice tea. sedap lontong begedil tu.

lepas tu kami ke sebuah kedai batik di tengah bandar medan untuk melihat-lihat (window shopping) apa yang boleh dilihat. nak beli baru hari pertama... kemudian kami dibawa berjalan-jalan di pasar ikan. kat sini bukan tempat beli ikan tapi tempat shopping pakaian. huhu.. kami difahamkan sebahagian besar penduduk di medan merupakan dari suku batak.

sebelum meneruskan perjalanan ke parapat, kami singgah sebentar di sebuah restoran masakan minang untuk makan tengahari. ayam panggang dengan ikan panggang kat sini memang terbaik. perjalanan ke parapat mengambil masa 4 jam. kami sempat singgah sembahyang di sebuah masjid.

dalam perjalanan kami sempat singgah di sebuah kilang memproses makanan yang terkenal dengan makanan berasaskan kacang. nama makanan dia memang pelik "tang tang" "teng teng" "ting ting" "tong tong".. tak lupa "pang pang" pun ada. hehe..

sampai di parapat pada pukul 7.30malam. sempat menikmati keindahan matahari terbenam sebelum sampai ke hotel. kami menginap di hotel niagara yang berlatang belakangkan danau toba. kami sempat bermandi-manda dikolam renang hotel pada malam tersebut. tak pedulilah sejuk ke tak. hehe..

hari kedua - samosir island dan berastagi

disini kami diajar cara greeting orang suku batak toba iaitu "HORAS!!". kami diberitahu suku batak toba ni agak tegas dan berani. dengan slogan "hidup sekali, mati sekali" tu dah nampaklah mereka ni macam kita jugak. hehe...

selepas bersarapan pagi dan snap-snap gambar, kami meneruskan perjalanan ke pulau samosir. perjalanan ke pulau ini adalah dengan menaiki bot. pulau ni terletak di tengah-tengah danau toba dan suku batak disini ialah batak toba.

sampai di pulau samosir, destinasi pertama kami ialah di kampung ambaritta. disini kami deberi penerangan tentang sejarah suku batak yang menduduki kawasan ini disamping dapat melihat sendiri keunikan senibina bangunan mereka. selepas itu kami dilepaskan untuk membeli belah di kawasan tersebut.

apa yang aku tak boleh tahan peniaga di kawasan ini jenis tarik-tarik orang suruh beli. asal tanya je mesti kena tarik. asal tarik je mesti kena tanya. keluar je dari perkampungan tu dapatlah tengok muka-muka tension kena paksa beli. haha..

seteruskan perjalanan menaiki bot kami diteruskan ke kampung tomok yang juga berada di pulau samosir. disini kami melawat salah sebuah perkuburan pemimpin-pemimpin suku batak. disini juga kami diberi peluang untuk membeli-belah tapi dikampung ni peniaga lebih menghormati pembeli. tak adalah kes tarik-tarik lagi.

kemudian kami singgah makan tengahari di pekan parapat dan sembahyang zohor di masjid berdekatan sebelum meneruskan perjalanan ke berastagi yang dijangkakan mengambil masa 2 jam.

dalam perjalanan kami dibawa minum teh halia dan pisang goreng di simarjarunjung. kawasan ini merupakan kawasan penanaman sayur yang popular di indonesia. kemudian kami juga dibawa melihat keindahan air terjun sipiso-piso yang terletak tidak jauh daripada simarjarunjung. walaupun tidak diketahui dari mana punca air terjun ini tapi kami difahamkan air terjun ini tidak pernah kering.

kami tiba di berastagi agak lewat. oleh itu, kami terus ke mikie holiday resort (hotel kami) untuk check in. suhu di berastagi ni seperti di cameron highland. sejuk... tapi itu tak menghalang kami untuk mandi di kolam renang hotel tersebut. hehe..

hari ketiga - berastagi dan medan

pagi itu kami dibawa ke pasar buah di pekan berastagi. kami sempat membeli belah dan tidak lupa ada yang mengambil peluang untuk menaiki kuda.

perjalanan kami pada hari tersebut mengalami sedikit masalah kerana terdapat sebuah kemalangan berhampiran bandar medan yang menyukarkan bas untuk berjalan.

nak patah balik jauh sangat jadi pak jack memberi cadangan kami meneruskan perjalanan namun dijangka akan sedikit lewat untuk sampai di bandar medan. sampai di medan sudah petang jadi kami tak sempat kemana-mana. kami dibawa berjalan-jalan di medan mall.

hari keempat - medan dan malaysia

kami bermalam di hotel antares, medan. dan keesokan harinya kami sudah bersiap-siap untuk pulang. sebelum itu kami sempat ke istana maimoon dan pasar ikan untuk membeli belah disaat akhir. senang cerita hari terakhir merupakan hari membuang duit. haha.. cuma aku je tak gunakan semua duit yang aku ada. hurm~

kemudian kami terus ke lapangan terbang polonia untuk balik ke malaysia. walaupun seronok sangat di medan, namun hati ni tetap bersyukur dapat balik negara sendiri. lepas ni kemana pulak kita??

3 comments:

  1. memang macam diari..hehe

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete