Tuesday, June 7, 2011

penjelajahan ke bumi medan

Assalamulaikum...

ini merupakan entri auto post (betul ke istilah ni ek? hehe...). jika sesiapa membaca entri ni mungkin ketika ini aku dah berada di lcct untuk bertolak ke bumi medan esok pagi.

InsyaAllah kalau tak ada apa-apa masalah aku dan beberapa orang rakan akan bertolak ke medan, indonesia bermula esok hari (8/6/2011) hingga sabtu ini (11/6/2011). trip ke medan ni telah dirancang sejak tahun lepas lagi dan Alhamdulillah menjadi.

aku pun tak tahu macam mana rupa medan tu dan ini kali pertama aku keluar daripada tanah melayu (amboi...). semoga perjalanan kami ni menyeronokkan tanpa sebarang masalah disamping dapat release tension dan kenangan sempena tahun akhir bersama rakan-rakan di ipg.

apa yang aku harapkan semoga perjalanan kami esok akan diberkati dan selamat pergi dan balik. doakan perjalanan kami berjalan lancar ye! maaflah kalau ada siapa-siapa nak kirim barang dari sana memang susah sikit sebab duit tengah sengkek ni.

peace! wassalam...

2 comments: