Wednesday, July 6, 2011

perhentian island in memory

Assalamualaikum...

entri ni sepatutnya aku dah buat awal-awal lagi tapi sebab ada masalah sikit dengan internet dan kemas-kemas barang untuk internship, jadi terpaksalah aku lewatkan sedikit post. dah masuk semester baru ni aktiviti pertama aku selain pergi hantar adik aku ke kedah (ipg ksah), aku mengikuti lawatan santai ke pulau perhentian. yeah!

pada hari khamis lepas (30 jun) pada pukul 10 malam aku bersama-sama rakan kelas pendidikan jasmani (pj) bertolak ke jeti kuala besut, terengganu. sampai pada hari jumaat pagi dan menaiki bot laju ke pulau perhentian.

pengalaman pergi menyelam di pulau perhentian memang satu pengalaman yang aku sendiri tak boleh nak lupakan. satu trip yang sempoi dan penuh dengan pengalaman baru bagi aku.

aktiviti yang kami lakukan di pulau perhentian kebanyakannya adalah menyelam atau snorkeling untuk melihat keindahan terumbu karang (choral) di pulau tersebut. antara yang menarik ialah pengalaman mengejar penyu di tengah laut, melihat terumbu karang yang bewarna-warni, melihat ikan-ikan yang cantik, air laut yang sangat jernih dan melihat ikan jerung di shark point.

ada gambar sikit..





bajet untuk trip kami ni boleh dikatakan sangat murah iaitu rm200 untuk 3 hari 2 malam. aku rasa sesiapa yang minat dengan aktiviti air dan teringin merasai sendiri pengalaman yang seronok ni perlu datang pulau perhentian. memang best!

trip kami berakhir pada hari ahad. dalam perjalanan balik sempat shopping sikit barang untuk kenang-kenangan, singgah beli keropok losong dan makan durian beramai-ramai. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami semua selamat.

4 comments:

  1. basi!!!!!!!!!! haha

    ReplyDelete
  2. hoho,,gambo2 pemandgn cantek tak de kew?~

    ReplyDelete
  3. biarpun lambat tp ape2 pun selamat datang ke Besut.. org besut pun xpernah singgah pulau perhentian ag nie...huhu

    ReplyDelete