Sunday, October 30, 2011

travelog xpdc gunung korbu 2011 dari kacamata en.yudin

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. syukur sebab masih dapat merasai nikmatNya. baru-baru ni (23-26 okt), aku dan 24 orang rakan termasuk seorang pensyarah (ustaz zack) dan anaknya telah berjaya dalam misi menawan puncak korbu (klik). kalau nak tahu gunung korbu ni gunung yang kedua tertinggi di semenanjung malaysia iaitu kurang 3 meter daripada gunung tahan.

xpdc kami dibimbing oleh dua orang guider yang aku kira profesional dalam kerja mereka iaitu 'chip' dan abg sahlan. xpdc bermula di intake ulu kinta iaitu di kawasan empangan sultan azlan shah ulu kinta pada pukul 3.30 petang hari ahad (23 okt).

dengan menggalas haversack berat berisi makanan dan peralatan perkhemahan tanpa sebarang pengalaman, kami semua hanya berbekalkan semangat dan tawakal sahaja untuk mendaki gunung tersebut. aku akan cerita serba ringkas pengalaman aku sepanjang 4 hari di dalam hutan.

hari ahad (23 okt 2011)

kami mula berkumpul di ipg seawal pukul12.30 tengahari. masa ni nak bahagi-bahagi bahan makanan dan menunggu guider sampai. guider sampai kami pon berhimpit naik van untuk ke intake gunung korbu. naik van ni memang dah macam sardin. mana taknya berhimpit 15-16 orang dalam 1 van. tiba di intake pukul 3 petang dan mendengar taklimat daripada guider.

masuk hutan pukul 3.30 petang. halangan pertama bukit nanas iaitu pendakian lebih kurang 30minit. kat sini aku dapat tengoklah muka ceria kat bawah tadi dah mula ketat. kemudian kami singgah di satu kawasan rehat di dataran pacat untuk solat asar. sepanjang perjalanan tak payah ceritalah memang banyak pacat. kami meneruskan perjalanan dan tiba di kem batu besar/waterfall camp dalam lingkungan pukul8 malam dan mendirikan khemah.

malam tu akvitivi kami makan dan tidur (tidur dengan pacat whoaa)~

hari isnin (24 okt 2011)

pagi tu persiapan diri dan kemas kawasan perkhemahan. mendapat taklimat daripada guider dan meneruskan perjalanan area pukul9 pagi sebab perjalanan kami masih jauh. perjalanan bermula dengan mendaki bukit penat sebelum sampai di kem seroja pada pukul 10~11 kalau tak silap aku. kat sini kami kurangkan ration (bahan makanan) sebab esok kami akan berkhemah di sini (banyak lebah masa ni).

perjalanan diteruskan dengan melalui bukit lagi penat. ok bukit ni memang kaw-kaw penatlah. boleh putus urat kentut aku daki =p berhenti rehat sebentar di puncak bukit lagi penat sebelum meneruskan perjalanan menuju ke kem kijang. kat sini kami dah mula jumpa 3 orang pendaki lain yang juga merupakan rakan kepada guider kami. tiba kat sini dah tengahari jadi kami mengambil kesempatan untuk makan tengahari dan solat zohor beserta jamak asar (setelah merujuk ustaz).

kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke last waterpoint untuk mengisi air. tempat ni merupakan punca air terakhir sebelum sampai ke puncak korbu. beg yang dah tersedia berat bertambah berat dengan simpanan air minimum 3liter seorang. sampai kat sini pun dah agak lewat (5pm) jadi guider dah meramalkan kami akan berjalan malam. so get ready!

pendakian diteruskan, kaki pun dah mula sakit-sakit dan akhirnya hati menjadi agak terubat apabila dapat melihat puncak korbu di puncak bukit botak. sempat bergambar sebelum menunggu rakan lain tiba walaupun hakikatnya perjalanan ada lebih kurang 3jam lagi. setelah semua sampai kami mengagihkan barangan perkhemahan kepada runner (group laju) dan menyambung perjalanan pada pukul7 malam.

perjalanan 3 jam melalui dua puncak gunung iaitu puncak chuban dan korbu raya sebelum sampai di puncak korbu. meredah puncak chuban merupakan cabaran tergetir dalam xpdc ni dimana kami terpaksa melalui laluan berlumut dengan jarak pandangan yang terhad. selain itu kami juga terpaksa menggunakan tali untuk menaiki satu kawasan dan memanjat batu untuk ke atas. semua tu kami buat pada waktu malam. suhu pun dah semakin menurun.. memang cabaranlah..

Alhamdulillah group runner sampai lebih awal dari jangkaan iaitu pukul10 dan group terakhir sampai pada pukul12 malam dan membuat persiapan perkhemahan. kami tidur dalam kesejukan dan kepenatan malam tu sehinggakan hampir keseluruhan peserta tak makan malam dan terus tidur.

hari selasa (25 okt 2011)

malam yang gelap, kini sudah cerah. aku dah beku, kau juga sama.. lalala~ ok selingan je tu. pagi ni kami makan nasi goreng yang tak macam nasi dan air teh o ais yang panas untuk 5 minit je. tapi tetap jugak bersyukur sebab dapat menghirup udara segar di puncak gunung korbu. "mak, bapak... yudin dah sampai puncak korbu!!"

pemandangan kat puncak memang superb! dapat tengok banjaran titiwangsa, dapat teropong ipg dari atas, dapat tengok ipoh, dapat tangkap gambar banyak-banyak dan macam-macamlah pengalaman. Alhamdulillah... syukurlah jugak sepanjang dua hari pendakian tak hujan. target kami hari ni untuk sampai di kem seroja. perjalanan bermula pada pukul 10.30 pagi.

perjalanan menurun puncak lebih mudah dan lebih menyakitkan sebab kena jaga brek dan mengelak shuffle (pandangan peribadi aku la..). macam biasalah muka-muka yang ceria mengambil gambar kat atas puncak dah mula mengetat. hehe.. masa ni jugaklah dapat tengok laluan malam yang dah kami lalui sebelum ni. memang tak sangka, memang teruja dan memang menakutkan bila difikirkan balik.

sasaran sampai di puncak botak 30 minit melebihi 2 jam. sempatlah ustaz dan beberapa orang rakan mengutip tumbuh-tumbuhan hutan yang susah nak dapat kat bawah. sampai di puncak botak group pertama dah bersedia nak turun ke last waterpoint.

tiba di last waterpoint lingkungan pukul 3 petang. kami makan tengahari ringkas (maggi) di sana dan solat zohor+asar. perjalanan diteruskan menuju ke kem seroja melalui bukit lagi penat dan kem kijang. kumpulan pertama tiba pada pukul6.30 petang dan menyiapkan khemah dan makanan. malam tu ada kes 'alter' (haha...). kumpulan terakhir tiba lingkungan pukul 9 malam dan mereka kehujanan.

malam tu aku tidur tak hengat dunia. penat ya amat disamping kaki yang tidak tertahan lagi sakitnya. hehe.. dengan hujan yang tak berhenti tu memang sejuk jugaklah tidur malam tu.

hari rabu (26 okt 2011)

pagi tu kami kemas khemah macam biasa, parsiapkan diri masing-masing dan masak-memasak. kalau boleh nak habiskan semua ration yang ada. penat bawak makanan tu  ke hulu-hilir. sebelum mulakan perjalanan kami menerima taklimat daripada guider. teringat kata-kata tu "hebak mung!!"

perjalanan bermula pada pukul 10.30 pagi. hari ni kami perlu melalui semula bukit penat sebelum sampai di kem batu besar (waterfall camp). sampai je di kem batu besar aku dan beberapa orang rakan group runner tanpa segan silunya terjun untuk bermandi-manda kat air terjun tu. mana boleh tahan tengok je. kat sini juga kami makan tengahari.

kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti solat di dataran pacat. perjalanan balik ni aku paling banyak kena pacat berbanding pendakian kelmarin. kat sini selain solat kami tanpa segan silunya sekali lagi terjun untuk bermandi-manda. mana boleh tahan beb!

dalam pukul 3.30 petang kami meneruskan perjalanan untuk sampai di intake. guider cakap van tunggu pukul 4.00 petang. betullah tepat pukul 4.00 petang group aku tiba di intake dengan hati yang gembira dan teruja. tak sangka naik berjam-jam tapi bila turun 30 minit je.

sempat bergambar dan bervideo.

***

kenangan yang sangat indah sebagai penutup perjalanan aku sepanjang berada di ipg ni. banyak benda baru yang aku belajar. pengalaman baru yang tak dapat aku lupakan. kawan-kawan dan juga ustaz semua best-best.

tu je serba sedikit yang dapat aku catat dalam memori ingatan aku ni. kalau salah mintak sori ye... untuk pengalaman yang lebih spesifik mungkin aku akan ceritakan pada post yang lain.

kami bergambar dipuncak korbu
*gambar ehsan daripada saudara anwar hariz

4 comments: