Sunday, January 15, 2012

sarawak.. here i come!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... penantian demi penantian. sekarang dah memasuki fasa penantian waran untuk terbang ke sarawak. penantian yang sangat menyiksakan dan mengkelam kabutkan (bm rojak). mula dengan fasa menanti status penempatan.

9 januari 2012: pukul 3.. tiada. pukul 5.. pun tiada. harapan demi harapan sampai ada yang sudah putus harapan. mujur sebelum pukul 12 hari tersebut akhirnya dapat tau jugak

 
keluar je status penempatan fb group pismp januari 2008 mula sesak. netbook aku pun naik pening dibuatnya. masing-masing teruja disebabkan status mereka ditempatkan.

 

SARAWAK!! jap... 16hb dah kena lapor diri bro!
.....
Alhamdulillah.. syukur jugak ada tempat untuk aku. nak dibandingkan dengan yang belum posting aku lebih bernasib baik.

perlu itu peru ini.. sahkan itu, fotostat ini. gambar mana? buku bank dah fotostat? lambat fotostat lambat dapat gaji nanti. sahkan? haa.. bila nak sahkan? aduh.. pening kepala.. kalau dapat dekat tak apa jugak.

tak apalah pergi buat KWSP.. pergi buat DPT.. pergi cuci GAMBAR.. pergi FOTOSTAT apa yang patut. buku BANK? erm.. kalau nak mintak pengesahan akaun bank kena bayar rm20. pulak dah.. aku mana ada duit. nasib baik kakak aku cakap boleh print je eSTATEMENT kat cimbcliks/maybank2u. syukur..

hampir semua dah settle, masa nak lapor diri pun dah semakin hampir. ingat nak rancang jugak perjalanan (walaupun beg tak kemas apa lagi) tapi tunggu punya tunggu sampai ke hari terakhir (ahad) masih lagi tak ada sebarang maklumat tarikh penerbangan. 

aduh.. pening kepala aku. mak bapak aku asyik tanya je. aku jawab sekian-sekian masa berdasarkan maklumat yang diterima. tapi masih mengecewakan. banyak dosa aku tipu diorang. sampai dah malas aku nak cakap pasal benda ni. nasib baik mak bapak aku faham.

tunggu je la esok. kalut ke tak kalut, nak ke taknak esok kena ada tarikh yang tepat. tolonglah abang KPM. excited ni nak mengajar..:D kamek nak ngaja sarawak!!

yang dah tau tempat posting tu kena bersyukur banyak-banyak. lepas ni 'cikgu' la kome ye.. selamat bertugas kawan-kawan cikgu semua!

2 comments: