Friday, January 11, 2013

2 minggu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dah habis minggu kedua di sekolah. setakat ni semua berjalan lancar tak macam tahun lalu. sekarang dah biasa keadaan sekolah, biasa dengan budak dan P&P memang terbaik setakat ni.

kelas di bawah jagaan aku pun setakat ni makin menarik (syok sendiri). biasalah lelaki punya kreativiti ni tak sama dengan perempuan so tak boleh nak espect lebih la. semangat betul kami guru-guru kelas ni mencantikkan kelas.

ok dah 2 minggu berada di sekolah tanpa berhubung melainkan menggunakan internet yang hanya kuat di waktu hujung minggu. setakat ni masih tak rasa apa-apa mungkin pengalaman lalu mengajar aku. orang kata dah immune.

semoga kehidupan bertambah baik disini. tak apa lagi dua minggu keluar pekan. cuti-cuti sarawak! selamat berhujung minggu.

4 comments: