Tuesday, December 1, 2009

orang sekarang...

assalamualaikum...

adeh~ malasnya nak kluarkn post baru. tibe2 rini aku terasa nak kongsi pendapat aku mengenai orang2 di sekeliling aku. baru2 ni, setibanya aku dikampung halaman, aku dikejutkan dengan cerita hangat orang2 kat tempat aku tu. cerita apa? cerita mengenai orang kuat satu parti A ni keluar parti. wah... kecoh satu kampung bila mana mula la dia hebohkan cerita mengenai dirinya yang tidak peroleh bantuan dari pihak yang memerintah. memang tak patut bila dengar macam tu. die siap cakap dah banyak kali mintak tapi tak dapat2. disebabkan yang keluar parti ni pernah jadi orang kuat parti A, so pengisytiharan pakcik ni untuk keluar parti A sampai masuk surat khabar SINAR. haha... bukan seorang sahaja yang keluar parti pulak tu. siap bawa "geng" tak tahula berapa orang. tapi yang aku tahu antaranya yang turut sama keluar parti adalah dikalangan jiran2 aku sendiri. keluar2 parti je masuk parti B terus dapat ganjaran. yang sorang ni dapat rm2000 la. yang sorang ni pulak dapat anak pokok "nangka madu". wah... sonok bila tengok orang dapat macam2. tapi semacam ada satu kebiasaan yang berlaku dalam situasi politik sekarang ni, apabila ahli parti A ni keluar parti dan masuk parti B, mereka dihidangkan dengan ganjaran berbentuk wang ringgit dan tanaman. aku secara jujurnya x suka perkara2 macam ni berlaku. kenapa orang sekarang suka memandang sesuatu dengan nilai mata wang? kenapa keluar parti bila tak dapat "wang"? padahal agihan wang yang diinginkan tu tak layak untuk pakcik ni. ramai lagi orang yang lebih layak. jadi betulla orang cakap duit ni boleh buat orang buta. memang tak patut urm... aku bukan orang politik tapi aku suka tengok orang bermain dengan politik ni. lagi satu aku ni kurang percaya sikit orang2 politik ni. tak tau la kenapa. tapi aku dah mendaftar sebagai pemilih. pening jugak bila fikir balik. macam mana la nak pilih ni.... huh~


apa la yang aku post ni... cam xde makna ja... haha... tak apa la suka2...

No comments:

Post a Comment