Friday, December 4, 2009

wakiyuddin vs waqiuddin

assalamualaikum....

apa ada pada nama? pentingkah nama pada pandangan anda? mungkin ada dalam kalangan anda yang bertanya mengapakah aku meletakkan tajuk blog aku sebegini rupa. macam nak promote diri pula (suka hati aku la... hik3).

namun, aku mempunyai sebab yang tersendiri untuk meletakkan nama sedemikian rupa. ya, memang betul itu nama aku dan aku bersyukur kerana ibu bapa aku memilih nama tersebut. kadang2 bila aku fikir2 balik nama aku ni unik dan sukar untuk ditemui. ibu bapa aku telah memilih nama tersebut merujuk kepada buku himpunan nama-nama islam yang mereka miliki. Alhamdulillah, mereka mempunyai inisiatif untuk memilih nama2 anak dengan maksud yang baik.

ok berkenaan dengan tajuk post kali ini "wakiyuddin vs waqiuddin", sepatutnya nama aku 'waqiuddin', sesuai dengan maksudnya iaitu "pemeliharaan agama". sepatutnya begitulah cara ejaan yang sebenarnya. jika dalam tulisan jawinya "waqi" bermaksud dan 'dan peliharalah' berbeza pula dengan 'waki' yang tidak diketahui maksudnya (biasalah bahasa arab ni kalau salah huruf je maksudnya lain). kesilapan ini berlaku ketika ingin mengisi sijil kelahiran dahulu. sepatutnya nama aku ditulis "waqiuddin" dan bukan "wakiyuddin". oleh kerana sudah ditulis sedemikian rupa, aku redha dan tetap mengambil maksud nama aku seperti nama yang asal iaitu "pemeliharaan agama". aku berharap dengan pemberian nama yang baik ini, perwatakan yang aku miliki selama ini adalah bertepatan dengan maksud nama tersebut. kau peliharalah iman yang ada dalam diri hambaMu ini ya Allah. janganlah kau uji dengan ujian yang tidak mampu aku harungi. ameen~

sebagai umat islam, pemilihan nama anak2 perlulah mempunyai maksud yang baik dan sedap untuk disebut. kita seharusnya menjadikan ciri2 islam sebagai panduan dalam memilih nama anak2. senario hari memperlihatkan ibu bapa yang lebih mementingkan nilai glamor dalam memilih nama anak sehinggakan ianya tidak mempunyai sebarang maksud. mereka menganggap nama2 yang mereka pilih itu cool atau unik tanpa memikirkan makna nama tersebut. sebaik-baik nama dalam islam mencerminkan betapa ibu bapa ingin anak2 mereka menjadi insan seperti nama yang telah mereka berikan. oleh itu, kalau korang rase2 nak ada anak, pastikan nama yang korang nak bagi tu mempunyai maksud yang baik. janganlah bagi nama anak sewenang2nya. oleh itu, renung2kanlah~

No comments:

Post a Comment