Sunday, December 13, 2009

sorry kwn...


assalamualaikum~

sepanjang aku menulis blog, rasanya tak pernah aku post cerita berkenaan kehidupan aku sehari-hari. post kali ni terasa nak story sikit pasal perjalanan hidup aku beberapa hari ni.

sepanjang cuti semester berjalan, banyak masa aku dihabiskan di ipoh (rumah sewa). biasanya cuti aku dihabiskan dirumah dan kebiasaannya rutin harian aku kat rumah ialah tidur dan makan, selain itu aku suka berjalan2. tapi untuk cuti kali ni aku dah bertekad untuk menghabiskan masa cuti aku tu dengan bekerja. Alhamdulillah~ sebelum cuti hari tu aku menerima tawaran bekerja di pizza hut.

banyak pengalaman yang aku perolehi sepanjang menjadi budak pizza ni. aku ditugaskan di bahagian kitchen dimana bidang tugas aku adalah membuat menu selain pizza (cth: spageti, lasagna, breadstick dll). pada mulanya memang pening nak menghafal cara2 membuat menu kat pizza tu, tapi lama kelamaan aku semakin mahir. seronok dapat bekerja. rakan2 setugas pun semuanya sedia membantu kalau ada yang aku tak faham. (maklumla orang baru kan...)

tapi sejak akhir2 ni aku mula berasa menyesal sebab tak manfaat cuti tu kat rumah. alasannya ialah minggu lepas family aku semua pergi ke seremban untuk bercuti dan dapat jalan2 dengan kakak aku kat sana. pastu hari ni pula aku tak dapat join kawan2 aku di SAMT batu38 ke rumah seorang seorang member ni yang berkahwin kat klang. mana tak nyesalnya 20 kereta dan lebih dari 50 orang rakan aku gerak sekali tapi aku tak termasuk dalam bilangan tu. ruginya... kalau nak diikutkan hati aku yang nakal ni nak je ponteng kerja sehari biarla manager nak potong gaji ke ape. hehe... tapi takpela ada hikmah agaknya aku tak pergi ni. lagi satu sebab aku rasa rugi ialah hari ni sepatutnya aku ikut merewang kat rumah nenek aku sebab malam ni ada buat kenduri arwah. bila fikir2 balik betul ke apa yang aku buat ni aku pon tak pastilah. sekarang ni aku berharap agar semua berjalan lancar dan aku akan habiskan apa yang aku dah mulakan.

mungkin akan datang aku akan berfikir panjang dulu sebelum nak buat keputusan bekerja semasa cuti sekolah. secara positifnya aku selalu berfikir apa yang berlaku selalunya ada pro dan kontranya. jadi berbekalkan tu aku tak buta ja menyesal. hehe... ok la apa2 pun aku nak mintak maaf kat kawan2 sebab tak dapat join korang hari ni. kepada yang menjemput tak putus2 tu terima kasihlah ye. insyaallah lepas ni aku boleh join korang. lepas ni siapa pula nak kahwin ni? hik3~ jangan lupa jemput aku tau! nak ikut..... (^o^)/yoshh!!

No comments:

Post a Comment