Sunday, January 17, 2010

aku redha dengan ujian Mu...


assalamualaikum~

sejak2 beberapa hari ini aku rasakan hidup aku agak bercelaru. tak taulah kenapa. mungkin sebab masalah kewangan yang meruncing (haish~ elaun bilalah nak masuk ni). nak keluar duit di ATM pon risau, takut2 tak ada duit nak bawak keluar. makan pun kena bercatu. tapi tak apa sebab aku rasa kalau duduk kat rumah sewa ni dari segi makan setakat ni masih boleh
kompromi lagi. tapi tak tahulah untuk berapa lama lagi.

dari segi tu memang aku tak kesah lagi. tiba2 hari ni satu lagi musibah datang, dompet dan telefon bimbit aku pula kena curi (panjang ceritanya...). bukan aku seorang je yang kena, siap bawa geng lagi dua orang hilang dompet. agak bertimpa jugalah kiranya ni. masa mula2 tahu barang2 tu kena curi sempat jugalah aku mencarut... astaghfirullah~ teruk juga aku ni bila ditimpa masalah. tapi lama kelamaan aku kembali sedar. lepas tu aku terus telefon mak dan kakak aku yang nombor dua (kak ana). kak ana suggest terminate/block dulu akaun bank (tak kan nak bagi duit free2 kat pencuri kot... walaupun aku tahu tak ada duit... hihi), lepas tu aku pun buatlah apa seperti apa yang disarankan. petang tadi pergi ke balai polis tambun, ingat nak buat report. tapi tak berhasil sebab balai polis tu kecil dan tak boleh keluarkan IC sementara
(jadi mamat indon jap... hihi). so kami bercadang nak selesaikan semua urusan buat kad apa semua tu esok. insyaallah~


tu cerita aku yang boleh dikatakan agak malanglah. tapi bila aku fikir2 balik betulkah cara aku bila menghadapi musibah begini? teruknya... aku mudah melatah. jauh dilubuk hati aku ni merasa ketidakadilan berlaku. mula menuding jari dan menyalahkan orang lain. astaghfirullah~

seharusnya apabila menerima ujian daripada Allah aku perlulah redha. cara menerima musibah bukanlah dengan berburuk sangka kepada Allah, mula menyalahkan orang lain dan sebagainya. aku sempat mencari maklumat mengenai cara terbaik menghadapi ujian Allah dan menjumpai ayat ini:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157

melalui ayat diatas Allah sering kali menguji hambanya dengan pelbagai cara untuk menguji tahap kesabaran kita. perkara pertama yang perlu kita lakukan bukanlah melatah tak tentu hala, tetapi kita seharusnya mengucapkan "innalillahi wa inna ilahirajiun" dan menerima segala musibah yang menimpa dengan tabah dan redha. yakinlah disebalik musibah dan ujian yang diberi itu terkandung banyak hikmah dan dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah. apa yang perlu kita lakukan adalah bersabar.

Alhamdulillah~ kini aku redha. aku percaya ini merupakan ujian Allah kepada hamba2Nya untuk menguji keimanan mereka sama ada ia hanya akan membawa aku lebih jauh dariNya ataupun sebaliknya. aku berharap agar aku diberikan kekuatan untuk menghadapi musibah ini dengan sokongan yang tidak putus daripada ahli keluarga dan rakan2 semua.

sedikit mutiara kata

"Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada….."

sedikit perkongsian sekadar memberi peringatan kepada diriku dan teman2 lain sebagai pedoman...

No comments:

Post a Comment