Thursday, January 21, 2010

jika itu yang telah tertulis~


assalamualaikum~

post ni rentetan peristiwa kehilangan dompet dan dokumen2 penting aku minggu lepas. nak dipendekkan cerita Alhamdulillah segala dokumen2 penting seperti kad pengenalan dan lesen kenderaan dah pun selesai. tak mengambil masa yang lama pun nak settlekan masalah tu. cuma memerlukan wang yang boleh tahan banyaklah.

cerita pasal wang ni mestilah berkaitan dengan kad2 ATM aku yang konon2 banyak isinya tu. hehe... jumlah kad2 yang hilang adalah sebanyak 3 keping dan sehingga ke saat ini masih lagi tak berjaya menggantikannya dengan kad yang baru.

kad A - pada asalnya kami memperlekehkan sistem yang digunakan oleh bank ni yang dikatakan agak ketinggalan zaman. "zaman sekarang mana ada lagi guna buku2..." seorang rakanku berkata. tetapi apa yang sedihnya aku tak boleh nak keluarkan kad ATM untuk bank ni sebab buku aku tinggal dekat rumah. adeh...

kad B - cerita pasal bank ni ok lagi. sampai2 dekat bank aku terus bertanyakan prosedur kehilangan kad ATM. "kami tak boleh buat kad kalau tak ada kad pengenalan original..." jawapan yang simple dan jelas. nampak gayanya memang kene tunggu lagi sebulanlah baru aku dapat buat kad yang baru. kecewa lagi... tak apa mungkin kad untuk bank lagi satu ni ada harapan.

kad C - haa... ni yang aku sedih kejap ni, hari isnin hingga ke hari ini masih lagi tak nampak bayang kad. haish~ buat kali pertama di tanjung rambutan tapi mereka tak dapat nak buat sebab memerlukan salinan lesen kenderaan sebagai bukti sokongan. jadi kami pon cepat2lah pergi ke JPJ untuk buat lesen baru. dalam perjalanan pulang
kami singgah di bank C kat area bercham sebab tidak perlu berpatah balik. di bercham, "saya tak pastilah boleh buat ke tak kad ni encik. saya akan cuba sedaya upaya saya." keesokan harinya aku pergi ke bank yang sama. bila tanya kat kaunter pertanyaan die cakap abang semalam tu cuti hari ni. (kata nak telefon... huhu) kecewa lagi... tak apa saya tak berputus asa dan tadi aku pergi lagi tapi kali ni pergi ke bank C juga tapi kat tanjung rambutan bersama2 kawan yang turut sama hilang kad tempoh hari. masalah kawan saya ni selesai, tetapi aku... kecewa lagi. problem dengan bank tempat aku buka akaun dahulu. "encik wakiyuddin, kamu punya saya tak dapat buatlah. bank C kat batu gajah ada masalah sikitlah dengan sistem diorang. encik kena buat dengan batu gajah juga untuk proses membuat kad baru." (tersentak kejap aku dibuatnya.) dugaan apa ni? tak apa... sabar waki! esok pergi batu gajah! jangan mengalah tau! (harap2 kat batu gajah tak ada masalah apa2...)


tiba2 aku teringat sebuah cerita dari sepupu aku mengenai rakannya yang bekerja sebagai juru kimpal kapal yang bekerja di atas kapal di tengah lautan. dah la tempoh bersama keluarga amat terhad. hidup di atas kapal yang dikelilingi lautan dengan duit yang banyak. tapi tak mampu buat apa2 dengan duit mereka yang banyak tu sebab mereka duduk diatas kapal. apa yang mereka boleh buat hanyalah berangan-angan, paling tidak pun buat list barang2 yang dia nak beli apabila berada di darat kelak. (tapi masalahnya aku kat darat. benda2 nak beli dah ada kat depan mata cuma tak boleh berbuat apa2 sebab......... tak ada kad bank.) kadang2 bila aku fikir2 balik kelakar juga. sabar je la.... (^o^)/

No comments:

Post a Comment