Thursday, January 7, 2010

my 1st entry in 2010~~

Assalamualaikum...

sedar2 je kita dah seminggu kita berada dalam tahun baru 2010. aku pula dah dekat setengah bulan aku x update blog aku ni. almaklumlah dapat cuti seminggu sebelum buka semester baru ni, memang x ingat dunia la bercuti... hik3.

ok lah, nak memudahkan cerita disamping dapat refresh balik memory aku ni, apa kata kalau aku cerita sedikit pengalaman aku sepanjang 2 minggu ni secara ringkasnya.

bermula pada hari aku balik kampung hari tu...

selasa, 29 disember 2009~
bertolak dari ipoh pada pukul 10.30 pagi. walaupun agak panas namun aku berkeras jugak nak balik kampung (rindu umah punye pasal). nak dijadikan cerita dalam perjalanan tu aku kene hujan beberapa kali dan terpaksa berteduh kat bus stop area kampung bahagia (teluk intan).

sempat tangkap gambar jap... uhuk3~

kemudian aku sampai rumah dalam pukul1 kot. semua orang kat rumah terkejut tengok aku balik. yelah... balik tak bagi tahu. ish3~

rabu, 30 disember 2009~
hari ni aku buat rekod tidur yang panjang. adeh~ sempat contact kawan2 kat kampung. malam tu kua makan2 kat sg besar. ade cerita best malam tu. member aku sorang ni yang dah bekerja cerita pengalaman die bekerja 'onsite' tengah malam.

~~ cerita die macam ni secara ringkasnya: malam tu mereka bertiga (member aku dengan 2 orang rakannya) bekerja hingga lewat malam. maklumla dah nak habis tahun baru, semua kerja kena habiskan cepat2. kerja member aku ni tangkap gambar pekerja malam tu. nak
diringkaskan lagi, member aku ni sampai rumah pukul 2.00pagi. sampai2 rumah je terus landing atas katil. sebelum sempat dia nak tidur tu tiba2 die dapat panggilan dari salah seorang kawan yang sama2 kerja tadi.

kawan: hello... tadi ko ada dengar tak bunyi orang mengilai masa kita kat tempat kerja tadi?
member: tak ada pun dengar apa2.

member aku ni agak tak puas hati la kenapa die seorang saja yang tak dengar bunyi tu. padahal member lagi dua orang tu dengar jelas tapi tak ada seorang yang berani tegur on the spot. ni ada gambar yang sempat member aku tangkap masa ditempat kerja.

klik kat gambar ni - tengok perhati betul2 kat sebelah kiri kawan yang pandang sini tu. apa yang korang nampak?

gambar kat atas ni diambil sewaktu mereka sedang memasang sign board. kalau diperhatikan betul korang akan dapat lihat macam lembaga dengan dua mata dan berambut panjang. aku pun tak pasti sama ada tu biasan cahaya ataupun apa tapi korang tengoklah sendiri.

khamis, 31 disember 2009~
hari2 terakhir dalam taun 2009 ni aku banyak habiskan menguruskan adik2 sebab hari ni adik perempuan aku kena berdaftar di sekolah untuk permulaan sesi baru persekolahan yang akan datang. petang pulak aku dengan adik2 dan kakak pergi ke parit bharu untuk beli kerepek. biasalah nak balik ipoh ni memang selalu bawak bekal kerepek. on the way nak balik rumah tu kitorang singgah kejap kat pantai BNO amek angin. syok! makan nasi goreng udang yang ada udang banyak giler.

jumaat, 1 januari 2010~
selamat tahun baru semua!
hari ni merupakan hari yang amat bersejarah buat aku. pengalaman yang tak akan dapat aku lupakan seumur hidup aku rasanya. hari ini mak meminta aku agar menghantar akak balik uitm. so, petang tu dekat pukul 6.30 baru bertolak menaiki kereta bersama2 adik2 aku yang dua orang tu dan kakak aku yang belajar uitm. singgah sebentar kat tesco kuala selangor untuk solat maghrib. dalam pukul8 kami meneruskan perjalanan..... on the way lepas je trafic light ijok.....
booOOOMMMmmm.... accident.... seorang pembonceng motosikal adalah puncanya. melintas
secara mengejut tanpa topi keledar. mujur aku menjaga jarak ketika memandu. sempat brek namun berlanggar juga. walaupun aku rasakan perlanggaran agak kuat. namun, Alhamdulillah semua selamat dan kereta pon tak adalah teruk sangat. trauma... dah sampai rumah kakak sulung kat klang baru telefon mak kat rumah. takut mak risau.

sabtu, 2 januari 2010~
hantar akak dalam pukul9.30 pagi. sampai2 je kat uitm shah alam tu jalan masuk dah mula sesak. wah... ramai sungguh orang. aku menghantar akak menaiki kereta abang ipar saya kerana terpaksa membawa barang yang banyak. keluar dari uitm dalam pukul12.30 tengahari dan menuju ke muzium shah alam untuk menukar kenderaan dengan abang ipar. sempat bermain bersama2 anak buah yang sorang tu kat muzium.

gambar kat muzium shah alam

aku balik petang tu jugak. mak suruh balik awal petang tu. risau kat anak2 diorang.

ahad, 3 januari 2010~
balik maktab awal pagi pukul9 dan sampai di rumah sewa pada pukul12. Alhamdulillah~

4-7 januari 2010~ mula kuliah di IPG ipoh. bermula balik kehidupan aku sebagai seorang bakal guru...

No comments:

Post a Comment