Tuesday, December 29, 2009

aku menjadi lebih bersyukur~ Alhamdulillah...



assalamualaikum w.b.t.
setiap insan hanya akan menghargai sesuatu jika ianya hilang atau dipinjam seketika oleh Allah. sebagaimana yang kita tahu, kita pernah mendengar sepotong hadis yang lebih kurang berbunyi begini:

"ingat lima perkara, sebelum datang lima perkara... waktu sihat sebelum sakit... waktu muda sebelum tua... waktu kaya sebelum miskin... waktu lapang sebelum sempit.... dan yang terakhir waktu hidup sebelum mati..."

pesanan ini cukup ringkas namun mesej yang ingin diterapkan disitu amatlah jelas. aku suka mengkaitkan pesanan ini dengan kehidupan harian aku dan orang disekeliling aku. sekurang-kurangnya aku masih ingat walaupun dari segi penghayatan tu aku masih di tahap yang paling lemah.

dua hari lepas merupakan hari terakhir aku bekerja di restoran pizza hut. aku mengambil keputusan tersebut memandangkan tidak lama lagi aku akan menyambung pengajian aku di IPG untuk permulaan semester baru yang akan datang. secara keseluruhannya aku banyak belajar perkara baru dan merasai sendiri corak kehidupan manusia yang bekerja mengikut syif. bagaimana susahnya bekerja dalam keadaan yang sibuk dan tekanan semasa bekerja.

dalam kehidupan sehari-hari sepanjang aku bekerja, banyak perkara yang berkait rapat dengan potongan ayat hadis diatas.

"waktu sihat sebelum sakit"
pada minggu pertama aku bekerja aku mengalami batuk2 akibat cuaca yang tidak menentu (tak pun sebab terlampau banyak makan rambutan... hehe). aku bersyukur kerana akhirnya aku sembuh.

"waktu muda sebelum tua"
daripada pesanan diatas ini aku sering membayangkan kehidupan pekerja2 di tempat saya bekerja itu... "sampai bila mereka hendak bekerja seperti itu? tidakkah mereka mahu kehidupan yang lebih baik dan berkeluarga?" waktu muda mereka banyak dihabiskan di restoran dan orang kata "tak ada life...". aku berdoa agar rakan2 yang bekerja disitu memasang azam untuk menjadi lebih baik (bukan nak cakap kerja diorang tak bagus).

"waktu kaya sebelum miskin"
pendapatan bekerja sebagai seorang budak pizza ni tak menentu. bekerja mengikut kiraan jam. bayaran akan lebih tinggi jika pekerja2 mengambil OT (overtime). jika bekerja normal saya tidak berpendapat gaji mereka adalah tinggi. "namun, duet banyak mana pun tidak cukup~"
"waktu lapang sebelum sempit"
mesej ini memang kena dengan aku. waktu bekerja saya ini diambil ketika waktu cuti. sepatutnya aku mengisi masa cuti aku dirumah, berehat, dan mengisi masa yang ada bersama keluarga. terus terang aku cemburu dengan kawan2 yang bercuti
dirumah, dapat bersama keluarga, berjumpa kawan2, menghadiri majlis2 perkahwinan rakan2 dll. tapi aku, bekerja siang dan malam, bersusah payah bekerja. tapi aku tidak menyesal. banyak perkara baru yang aku pelajari sepanjang aku disini bekerja.

"waktu hidup sebelum mati"
aku berasa amat bersyukur kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas. dapatlah aku menimba pengalaman yang bagi aku amat2lah berharga ini. aku masih teringat kata2 ini "bekerjalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, berubadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari". aku amat terkesan dengan kata2 ini... Alhamdulillah aku sedar.


pengalaman bersusah payah bekerja diwaktu rakan2 lain bersenang-lenang dan banyak membuang masa membuat aku lebih menghargai kehidupan aku sekarang. aku tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan aku yang akan datang ketika aku sudah bekerja kelak. namun, disini aku amat bersyukur kerana aku bakal menjadi seorang guru. banyak masa aku dihabiskan dengan beribadat kerana aku bakal menjadi seorang guru yang kerjanya menyampaikan ilmu (jika diiringi keikhlasan).

kepada rakan2 yang ingin menghabiskan sisa2 cuti yang ada ini, renung2kanlah... hargailah apa yang anda ada sekarang. belajarlah untuk bersyukur. kita tidak akan sedar dengan nikmat Allah selagi mana ianya tidak ditarik balik. itulah naluri semulajadi manusia.

p/s: kawan2... aku baru nak bercuti! yeah~~!! jom balik kampung...

No comments:

Post a Comment