Friday, March 19, 2010

gila...

Assalamualaikum...

seperti menjadi satu kebiasaan orang zaman sekarang ni menggunakan istilah "gila" dalam pertuturan dan penggunaan perkataan seharian mereka. sebagai contoh "cantik gila", "besar gila", "kuat gila" dan sebagainya. sampaikan orang2 baik pun akhirnya berkesudahan dengan gila... "baik gila".


aku sempat google internet dan mencari maksud gila dalam kamus dewan. hasilnya aku dapati banyak sinonim perkataan gila iaitu sewel, mereng , majnun, junun, tak siuman, tak waras, edan, kalap, gelong, sakit otak, sakit jiwa dan hilang akal. selain itu ia juga dikaitkan dengan asyik, leka, khayal, suka gemar, gian, ketagih, berahi, ghairah dan syok. tapi apa yang menarik kata berlawanan untuk perkataan ni hanya "siuman" sahaja... best kan?

baiklah dari segi penggunaan perkataan ni. aku akan cuba kaitkan maksud salah satu perkataan+gila dengan maksud gila itu sendiri. ni kira macam eksperimen jugalah.

contoh perkataan+gila = besar gila

besar sewel
besar mereng
besar majnun
besar junun
besar tak siuman
besar tak waras
besar edan
besar kalap
besar gelong
besar sakit otak
besar sakit jiwa
besar hilang akal
besar asyik
besar leka
besar khayal
besar gian
besar ketagih
besar berahi
besar ghairah
besar syok

berdasarkan pemerhatian dan pemahaman akulah, tak ada satu pun penggunaan maksud gila tu yang sesuai bila dipadankan dengan perkataan gila tu. lagipun perkataan "besar gila" itu lebih kepada maksud besar yang melampau atau bersangatan. jadi cikgu bahasa melayu kejap.

jadi kawan2, penggunaan "gila" dalam pertuturan seharian kita adalah tidak sesuai malah ia bercanggah sama sekali dengan maksud asal perkataan tu. mungkin penggunaan istilah gila dalam tutur kata anak2 muda hari ini telah difahami "maksudnya" secara tidak langsung diterima pakai dan kemudiannya menjadi tabiat. namun sedarlah kawan2, bahasa jiwa bangsa. rosak bahasa rosaklah bangsa.

ini sekadar pemerhatian akulah. kadang2 aku pun guna juga istilah gila dalam pertuturan aku. apa2 pun aku berharap sekurang2nya korang dapatlah sedikit info pasal sinonim untuk perkataan "gila".

sekian. terima kasih (^o^)/

No comments:

Post a Comment