Wednesday, March 17, 2010

pesanan dari ustaz...

Assalamualaikum...

terima kasih kepada rakan2 yang sudi membaca blog aku ni. ada orang baca barulah syok nak post apa2. baiklah, musim2 cuti memang sangat dinanti2 oleh setiap pelajar, tak kiralah dia belajar di IPTA, IPTS, kolej2 swasta bahkan di IPG sekalipun. walaupun kadang2 cuti mereka dibebani dengan pelbagai tugasan, namun cuti tetap cuti. hehe...

semalam aku dan beberapa orang rakan yang lain telah berkesempatan menghadiri satu perjumpaan ringkas (lebih kurang macam usrahlah) bersama bekas penolong kanan HEM sekolah aku, ustaz Ahmadi Abas. perjumpaan yang tidak dijangka, tapi mesej yang ingin disampaikan memang jelas. sebenarnya usrah tu ditujukan khas buat adik2 junior sekolah aku yang bakal menghadapi alam pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

antara pesanan ustaz ialah:
  1. hidup jangan berseorangan. tapi pandai memilih kawan
  2. penyatuan umat islam amat penting agar kita tidak mudah tunduk pada musuh2 islam.
  3. walau dimana kita diletakkan jangan tetapkan pendirian, kuatkan iman.
  4. kepentingan agama hendaklah melebihi kepentingan hidup di dunia.
  5. bersedia dengan cabaran hidup IPT.
  6. umat islam perlu sedar bahawa musuh2 islam sentiasa menyerang kita dari pelbagai sudut.
ustaz juga ada sempat menerangkan tentang senjata yahudi menentang umat islam yang terdiri daripada:

fun - hiburan yang melalaikan disana sini. paham2lah kan.


female - umat islam dirosakkan dengan perempuan2 yang hina. perempuan dieksploitasi sesuka hati. kadang2 dijadikan ikon seks.

fashion - fesyen pelbagai yang melampaui batas syarak. tutup sana bukak sini. ish3...

food - macam2 makanan sekarang yang masih tidak tahu status halalnya, lagi satu makanan segera yang ada kebanyakannya diterajui yahudi.


itulah serba sedikit pengisian yang ustaz Ahmadi dah beri kat kami. macam biasalah cara penyampaian ustaz yang sangat menarik mengimbau kenangan masa zaman sekolah dulu. diselangi dengan video2 yang menarik dengan penerangan yang jelas. ternyata usrah pada petang itu mencapai targetnya. cuma orang yang dengar tu jelah. nak atau tak nak? akulah tu... hehe.

ok apa2 pun sentiasa beringatlah.

teringat pesan seorang sahabat ~ seorang profesional islam jika ditanya akan pekerjaannya. dia akan menjawab "aku seorang pendakwah... dan seorang doktor/guru/kerani dan sebagainya."

apa yang baik datang dari Allah... yang tak baik tu akulah, insan yang lemah. wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment