Tuesday, March 30, 2010

hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum...

hari ke-6 praktikum:

buat kali pertama dalam sejarah, rumah sukan aku berubah! haha... bukan apa, sejarah hidup aku kat sekolah selama ini rumah sukan aku confirm rumah biru. tapi tiba2 kat sekolah ni dapat rumah kuning pulak. mana2 pun boleh asalkan dapat menyumbang.

minggu ni memang dijangkakan jadual sangat sibuk, dengan lesson plan nak kena buat hari2, petang ada latihan rumah sukan, dan pagi sibuk dengan kelas.

petang aku balik sedikit lewat dan terpaksa merempuh hujan. wah... habis baju.

hari ke-7 praktikum:

sibuk... sibuk... sibuk... pagi kelas petang latihan rumah sukan. seperti biasa dalam perjalanan pulang hujan menemani. basah lagi... malam2 aku kini sibuk dengan membuat ABM dan lesson plan.

kesiannnya kepada anak2 murid yang agak lambat... macam mana nak tolong mereka? haish~~

hari ke-8 praktikum:

semalam aku telah menyediakan aktiviti yang pada aku dapat menarik minat mereka belajar. waktu terakhir sekolah memang waktu yang sangat mencabar aku. masa itulah murid2 akan mengantuk, tak dengar cakap, lepas tu mulalah darah aku pun naik. huh... sabar2.

kawalan kelas yang agak kelam kabut tadi kerana para permulaannya aku diminta untuk menggantikan kelas tambahan encik kamarzaman, namun pada saat akhir terpaksa diubah kerana sukan tara akan berlangsung awal.

banyak masa aku terbazir pada peringkat permulaan pengajaran. tak apa anak2 muridku, esok cikgu ulang balik bagi kamu semua faham. ok?

sukan tara... ya memang seronok tengok budak2 kecil ni berlari. kadang2 tu lari boleh tengok orang kat sebelah, tak kurang yang hanya berlari seperti mak datin. hehe... kelakar. seperi biasa, acara balapan terpaksa diadakan di sekolah menengah seri putera yang bersebelahan sk seri kepayang. acara lain dapat dibuat di sekolah kerana tidak memerlukan ruang yang besar. aku juga turut bertugas menjadi pegawai.

sebelum balik sempat minum2 bersama guru2 lain. balik dalam keadaan hujan lagi. dugaan~

*tabahnya seorang guru...

No comments:

Post a Comment