Sunday, March 28, 2010

kesiannya...

Assalamualaikum...

mengimbau kembali pesanan dan nasihat daripada ustaz ahmadi (PK 1 sbpi sabak bernam) mengenai isu sosial yang semakin meruncing sejak akhir2 ini. bagaimana kes2 membuang bayi menjadi masalah yang semakin merisaukan dalam kalangan masyarakat hari ni.

kadang2 aku terfikir, ada orang yang betul2 inginkan anak namun mereka tak dapat anak. kadang2 dapat anak tetapi tidak seperti yang diinginkan (cacat dan sebagainya). tapi golongan2 yang rosak ini seperti terlalu mudah untuk mendapatkan anak. kat sini kita dapat lihat macam mana Allah menarik nikmat melahirkan anak untuk mereka ni. sebab tu anak2 mereka dibuang begitu sahaja. dalam mangkuk tandas, dalam longkang dan yang lebih teruk ada yang cincang anak yang lahir menggunakan 'blender' sebelum membuangnya! ya Allah... kejamnya.


malu? dah buat baru nak rasa malu. sedarlah kawan2, tak gunalah nak malu kalau perkara ni tak dielak diperingkat awal. buat apa nak malu kalau dulu berani keluar berpegangan tangan dengan pasangan. macam tu tak malu pulak. sedarlah...

Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: “Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dikehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.”

ayat yang jelas menunjukkan bahawa anak adalah tanggungjawab. fikir2kanlah

nilai harga diri semakin hilang dan nafsu menguasai diri mengalahkan pemikiran rasional insan normal. apa2 pun bagi aku kita hendaklah kembali kepada asas ajaran islam itu sendiri. al-quran dan as-sunnah hendaklah dijadikan panduan. insyaallah tak jadi masalah ni.

*takziah kepada kakak seorang rakan yang anaknya baru sahaja meninggal dunia hari ini. semoga beliau tabah dengan dugaan ini. sesungguhnya ini ketetapanNya dan ia yang terbaik.

No comments:

Post a Comment