Friday, March 26, 2010

nicholas cage~

Assalamualaikum...

hari 5>
pengalaman baru hari ni: masuk kelas darjah 4.


kalau sebelum ni aku cuma dengar je dari malek tapi kali ni aku sendiri mengajar kelas tersebut. perbezaan yang amat ketara dalam kalangan mereka. kelompok yang ingin belajar dan kelompok yang tak mahu belajar. kelompok yang cepat tangkap dan kelompok yang lambat. cakap banyak kali tak penah nak dengar. bising dan riuh rendah kelas dibuatnya.


satu masalah besar dalam kelas ni. terdapat seorang pelajar hyper active, dislexia dan nakal yang amat. nama dia nicholas ape ntah... (nicholas saja yang aku tau). apa dia buat? kacau kawan lain, baling apa2 yang dicapai, kacau cikgu malek kat depan, padam apa yang malek dah buat kat whiteboard, tak dengar cakap, degil, apa lagi ye tapi memang kami yang baru2 ni tak tahulah macam mana nak handle budak macam ni. bukan yang baru je malah cikgu2 lama pun ada yang tak dapat kawal budak ni.

aku berharap agar malek tabah kalau lecturer observe kelak. saranan daripada cikgu kamarzaman agar mengasingkan nicholas jika lecturer datang. hantar nicholas kepada cikgu pendidikan khasnya.

gudluck kawan!

No comments:

Post a Comment