Monday, April 12, 2010

aku happy bila...

Assalamualaikum...

praktikum hari ke-16: meniti hari2 akhir praktikum

hari ni sepatutnya kelas aku 1 jam saja. namun, aku diminta untuk menyambung kelas hingga ke pukul 2 untuk kelas tambahan. susah juga nak memikirkan masalah ni. lesson plan buat untuk pengajaran 1 jam tapi terpaksa tambah lagi 1 jam.


hurm... jadi apa aku buat?

subjek: matematik
topik: percentage
objektif pembelajaran: mereka gembira cikgu pun gembira (ni tak termasuk dalam RPH ye)

set induksi:

panggil 2 orang volunteer dalam kalangan murid2 yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan untuk keluar ke hadapan. memang ramai nak volunteer, tak macam ketika penyeliaan minggu lalu. aku dah sediakan teks untuk mereka lakonkan depan kawan2 lain. memang seronok mereka ni kalau dipasang2kan (kecil2 dah gatal... huhu~). teks ni berkaitan dengan topik yang aku nak ajar kejap lagi. misi tercapai!

perkembangan:

aktiviti 1:
minta murid2 peka dengan isi teks lakonan tadi dan suruh wakil lagi (seorang lelaki dan seorang perempuan) untuk salin maklumat yang berkenaan dengan topik yang aku nak ajar. tugas aku lepas tu buat sedikit demo mengenai topik yang ingin diajar dan bagi contoh jalan penyelesaian untuk masalah berkaitan dengan topik.

macam mana nak uji mereka ni? ya, aku bagi beberapa soalan diatas flash card dan minta mereka semua jawab mengikut masa yang ditetapkan. masa ni memang ramai yang bertanya dan aku nampaklah siapa yang boleh dan siapa yang tak boleh buat (60% murid boleh buat). itu untuk aktiviti pertama.

aktiviti 2:
aku tampal kertas warna yang aku dah lukis gambar2 promosi 4 jenis barangan. untuk membuang masa aku suruh murid2 lukis balik gambar tu dan jawab soalan yang diberikan. haa... murid2 ada yang mengeluh dan tidak kurang yang malas buat. yang memang tak dapat tadi ada yang seronok walaupun tak reti jawab.

untuk 2 aktiviti tadi aku dah berjaya habiskan lebih daripada 1 jam.

aktiviti 3: aktiviti kumpulan

aktiviti terakhir ni merangkumi kesemua topik pengajaran hari ini. dalam kumpulan mereka hendaklah menyiapkan soalan yang berkaitan gambarajah yang aku sendiri telah siapkan dihadapan. dah cukup masa aku suruh mereka semua bincang jawapan bersama-sama.

haa... itulah sedikit sebanyak gambaran pengajaran aku hari ni. secara kesluruhan aku berpuas hati dengan pengajaran aku hari ini. aku gembira murid pun happy. walaupun bukan kesemua murid faham dengan topik percentage ni, tapi aku tetap merasakan mereka seronok dengan pengajaran aku hari ni. mudah-mudahan...

penutup:

exercise untuk kerja rumah.

*esok ada masa aku sambung lagi topik ni. target aku 90% murid faham konsep "conversion percentage to fraction and vice versa" dan boleh buat pelbagai soalan yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment