Tuesday, April 13, 2010

cerita seorang cikgu praktikum

Assalamualaikum...

praktikum hari ke-17:


kelas hari ini boleh dikatakan penuhlah jugak. mana taknya dari pagi ada kelas, lepas rehat ada kelas ganti darjah 6, lepas tu pukul 1 pun ada juga kelas tambahan untuk darjah 1 pula.

tapi untuk hari ini kebanyakan kelas yang aku masuk hanya 1 waktu sahaja, jadi taklah penat sangat. cuma satu la yang buat aku penat sebab nak kena tunggu waktu nak masuk kelas tu. kalau sekali gus kan senang. hihi...

kelas darjah 5 dan darjah 6 yang aku masuk hari ni aku bagi mereka permainan matematik atau dengan nama saintifiknya math games... haha. memang budak2 tu teruja tengok aku buat magik dengan matematik. tapi bukan niat sebenar aku nak buang masa mereka ni, tapi bagi aku ada baiknya kalau aku cuba timbulkan minat murid2 untuk belajar matematik. bila dengar matematik je mesti timbul dalam minda mereka soalan yang banyak nombor, simbol2 pelik yang menakutkan dan sebagainya. aku nak cuba hilangkan perasaan takut yang aku sendiri pernah rasa masa aku kecil dulu.


baiklah untuk kelas darjah 1 pula. ini kali pertama aku masuk kelas mereka (kelas ganti). memang betullah orang cakap susah nak kawal murid2 darjah 1 ni. suruh bangun dia berdiri atas kerusi pula, suruh diam lagilah dia bising, lepas itu kalau disuruh makin dibuatnya. pening kepala aku fikirkan.

nak buat aktiviti pun susah, tak nak dengar cakap. tapi ada satu perkara yang selama ni aku dengar je orang cakap tapi aku cuba sendiri kat kelas. aku tahan murid2 yang nakal tak bagi mereka balik. memang kalau suruh diam senyap sungguh. yang kena denda lambat balik muka pun mulalah nak merah2 nak menangis. kesian pula aku tengok budak2 ni. tapi aku rasa memang betullah tak bagi balik atau tak bagi mereka rehat adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengelakkan mereka ni bising. kalau tak percaya cubalah.

***

tadi aku sempat membeli sedikit alat tulis (hadiah) untuk murid2 aku. lagipun aku dah cakap dengan murid2 aku yang aku akan bagi hadiah kalau bagi kerjasama yang baik sewaktu aku mengajar. bukan apa, sebagai dorongan dan galakan untuk mereka terus belajar. (dah berjanji kena tepati ye...)

tiba2 kawan menimbulkan persoalan "macam mana ko ajar matematik ye?". satu soalan yang cukup bagus. memang ternyata bagi aku sendiri pun, mengajar math bukan sesuatu yang mudah. tak macam subjek2 lain yang alat bantu mengajarnya mudah dicari dan nak hasilkannya pun pelbagai. kalau tak caya cubalah jadi cikgu math. nak senang ajar math ni sebenarnya chalk and talk je. tu kalau malas sangatlah. sebab tu lah selalu idea nak mengajar ni datang pukul 1 pagi. huhu~ nak bagi menarik punya pasal. tapi tak apa, ini semua pengalaman.

manfaatkan baki 2 hari mengajar ni. buat yang terbaik wakiyuddin!

No comments:

Post a Comment