Saturday, April 24, 2010

budak-budak suruh aku datang sekolah...

Assalamualaikum...

walaupun baru sahaja seminggu meninggalkan sekolah tapi memang perasaan sebagai seorang guru masih ada dan masih terbayang lagi wajah2 anak murid yang comel2 tu (walaupun selekeh bukan main... hehe)

cikgu sk seri kepayang cakap bagi tempoh sebulan je kat budak2 ni. maksud cikgu2 ni murid2 ni selalunya sebulan je semangat nak sms dan telefon cikgu mereka. tapi memang dalam tempoh seminggu ni memang banyaklah aku dapat sms dan panggilan daripada bekas anak murid aku kat sk seri kepayang tu.

kalau yang ada telefon sendiri tu asyik nak sms ja dengan cikgunya ni. bagi aku pun tak salah rasanya balas mesej anak murid sendiri. tapi kalau selalu sangat tu pandailah aku cari alasan nak lari. hehe... kalau yang telefon pula selalunya guna telefon awam. tak sangka betul aku murid2 ni sanggup habiskan duit telefon aku.

esok kelas ganti untuk murid2 sekolah rendah dan murid2 telah meminta aku dan malek untuk datang sekolah. berat juga nak pergi sekolah tanpa ada sebab penting. macam2 alasan yang anak murid aku ni buat nak suruh aku pergi. "cikgu datanglah sekolah esok. kalau cikgu datang mesti ramai murid2 yang berkumpul dekat cikgu. lagi2 si folan dengan si folan . si folan ni pula mesti tersenyum bila cikgu datang" ni antara potongan sms yang aku terima. terharu juga aku dibuatnya bila baca mesej ni.

jadi keputusannya pada esok hari. kalau tak ada aral melintang insyaalah aku datang juga ke sekolah nak berjumpa murid2 tu. lagipun aku ada sedikit urusan nak jumpa seorang guru. sedihnya praktikum yang akan datang aku tak lagi kat sk seri kepayang. bagi peluang kepada rakan lain untuk cuba praktikum kat sekolah tu. aku nak menimba pengalaman baru di tempat baru dan suasana baru.


sesungguhnya anak murid pertama matematik aku sentiasa dalam ingatan... 5 uranus (^o^)/

1 comment: