Tuesday, April 27, 2010

hajat yang tek kesampaian...

Assalamualaikum...

rasa macam dah lama sangat je tak keluarkan post baru. kalau ikutkan hati memang hari2 ada je benda baru yang aku nak share dengan kawan2. tapi satu perkara sahaja yang selalunya buatkan semangat aku hilang bila nak tulis post baru.

INTERNET PROBLEM!!!

huarghh~~ memang tensi aku dibuatnya kalau internet slow. bukan apa kadang2 idea nak tulis ada tapi bila keinginan untuk menulis itu dihalang dek kekangan masa yang amat panjang menunggu loading, jadi idea2 yang tak sabar nak keluar tadi tiba2 je hilang. jadi bila dah hilang mood pon hilanglah.

sebabnya, kadang2 aku menulis ni bila tiba2 mood tu datang. sejak akhir2 ni internet kat rumah aku ni entah kenapa lambat macam siput. yang peliknya buka facebook laju ja tapi kalau nak buka page lain memang ada masalah sikit. asyik facebook ja lama2 pun bosan juga. ini pon aku menulis sekadar nak luahkan perasaan ja.

harap2 dalam masa terdekat ni selesailah harapnya masalah internet ni. internet ni penting pada waktu urgent ja. kalau hari2 biasa tak ada kerja ni sekadar nak hilangkan bosan buka facebook ja. benda2 lain rasanya tak ada penting sangat internet ni. walau apa2 pun aku memang suka surf internet baca artikel2 terutama blog2 orang. seronok! hehe...

No comments:

Post a Comment