Tuesday, April 20, 2010

mana lagi bagus?

Assalamualaikum...

kehidupan seharian aku menyaksikan pelbagai perangai dan kerenah orang sekeliling yang ada diantaranya boleh diambil bulat2 dan ada juga yang kena aku tapis2 sikit. kehidupan yang memerlukan kita banyak berfikir ini memang ternyata membuat aku tertekan kadang2 dan ada kalanya bila difikirkan semula banyak kebaikan yang aku dapat.

selama ni aku tertanya-tanya antara banyak individu mana yang paling kita segani? orang yang memberi pendapat berdasarkan fakta ataupun orang yang memberi pendapat berdasarkan logik akal sahaja? tertekan kadang2 kalau kita berhujah dengan salah satu golongan ini.


sebenarnya perkara ni lebih kurang samalah dengan isu politik semasa ni yang kebanyakannya merupakan perbalahan antara fakta dan emosi. aku pening dan kadang2 marah jugak bila tengok mereka ni berbalah. aku rasa masyarakat malaysia sekarang ni dah cukup matang rasanya nak menilai. jadi bawalah apa2 isu pun dan kita lihat sendiri macam mana masyarakat memandang sesuatu isu tu. media kalau setakat surat khabar pun dikira tidak cukup kuat berbanding media arus perdana lain seperti internet yang ternyata lebih kuat pengaruhnya. ok kita stop kat sini pasal politik. sekadar lontaran pendapat. tak suka politik sebenarnya.

baiklah kita kembali kepada individu mana yang lebih kita segani. pernah tak kita lihat suasana di mana orang 'pandai' bercakap dan orang berilmu bercakap? mesti pernah punya. satu perkara yang jelas membezakan antara dua golongan ni bercakap ialah satu pihak ni lebih kepada emosi dan golongan lagi satu ni sebenarnya lebih banyak berdiam diri.

kenapa?


jawapannya senang je, yang ni aku fikir secara logiklah, orang yang banyak cakap ni selalunya tidak boleh terima pendapat orang lain dan hanya pendapatnya sahaja yang betul, jadi untuk membetulkan dan meyakinkan semua orang bahawa pendapatnya yang lebih bernas, maka lebih banyaklah hujah2 mereka ini (tapi masih lagi menggunakan akal pendek mereka). bagaimana pula kalau orang berilmu itu berkata2? baiklah tadi aku kata orang yang berilmu ni kebanyakannya lebih suka untuk berdiam diri. memanglah, golongan ini bercakap berdasarkan hujah2 yang disokong oleh fakta. kebanyakkan maklumat mereka bukan berdasarkan emosi semata-mata. jika hujah mereka tidak disokong mana2 fakta, jadi apa yang mereka perlu buat hanyalah berdiam diri. maka, jika berhujah bersama mereka ni janganlah buat2 pandai atau menunjuk pandai kita sebab ianya hanya akan memalukan kita sebenarnya. jadi orang2 macam ni janganlah nak berbangga dengan hujah anda yang entah apa2 tu jika orang diam dan mengangguk. sedar diri ye.

hehe... ini hanyalah sekadar lontaran pendapat aku. kalau salah tak apakan sebab ianya hanyalah sekadar pendapat. jadi ambillah iktibar ye. jadi aku sarankan marilah kita sama2 tingkatkan pengetahuan kita dengan ilmu2 supaya hujah2 kita berilmu dan bukan beremosi semata-mata. banyak2lah membaca untuk memperkuatkan hujah2 kita bila berbicara. barulah orang respect... kan3?? lagi satu, diam itu bukan bermakna dia pengalah. jadi pandang orang dua belah mata jangan kelip2 mata nanti orang cakap gatal...;p

adios!

No comments:

Post a Comment