Monday, April 19, 2010

balik kampung... yeah!

Assalamualaikum...

setelah beberapa hari aku tak menjenguk blog ni rasa rindu pula nak menaip post baru. tapi hari ni aku tak ada apa2 yang menarik untuk dikongsi dengan kawan. hanya nak beritahu yang aku balik kampung hujung minggu lalu... lalala~


setelah sebulan tak balik (baru sebulan) memang terasalah kerinduan kat rumah. tak tahulah mungkin aku homesick tapi macam tak patutlah pula kalau nak homesick dah tua2 ni. tapi ada aku kesah? hehe...

sebelum balik kampung mak memang dah selalu sangat telefon. asyik tanya "bila nak balik?", "jadi ke tak nak balik minggu ni?" dan macam2 lagi la. tu tak termasuk mesej2. hehe... mak bapak memang sayang anak2 mereka, percayalah.

al-maklumlah sibuk dengan praktikum, jadi sampai nak balik rumah pun tak boleh. mana taknya ada sahaja program setiap hujung minggu. ni sebagai lattihan nak jadi guru sebenar, jadi terima sajalah ye...


oleh kerana mak pun dah selalu sangat telefon dan mesej, jadi bila tak balik kampung mulalah aku rasa lain macam. mulalah rasa macam tak ada selera nak makan, hati rasa tak selesa, dan macam2 lagilah. bila dah balik rumah ok lah. pelik jugak aku kenapa boleh jadi macam tu. apa2 pun sekarang aku dah kembali normal (gembira). hahaha~~

lagi satu, dalam adik beradik aku memang aku seorang je yang hidup di utara selangor. adik-beradik lain kalau belajar pun mesti dapat kat selatan, kat UPM, UiTM shah alam dan melaka, kpli kat IPPM. dah kerja pun dapat kat area selatan, kat kelang, kat seremban dan kl. memang nasib aku kot dapat belajar kat utara ni (ada jodoh kot... hehe).

mungkin sebab aku seorang je yang lain sikit, banyaklah maklumat yang selalu tak sampai kat aku. kesian kan? sebab tu la sejak kebelakangan ni mereka semua perasan agaknya aku seorang je yang lain sikit jadi mereka semua sayang lebih kat aku (haha... perasan).


tapi apa2 pun kepentingan nombor satu aku memang family aku selain kepentingan agama. jadi kawan2 semua ingatlah orang yang tersayang. hargailah mereka selagi mereka masih ada. make them proud having you as part of the family... (^o^)/

No comments:

Post a Comment