Wednesday, April 7, 2010

you dah ambil peluang mereka...

Assalamualaikum...

hari ke- 12 praktikum:

merupakan hari yang paling penat sepanjang tempoh aku berpraktikum ini. debaran untuk diselia keesokan harinya terasa walaupun masih tiada idea menarik untuk dijadikan sumber pengajaran. malam2 selalu tidur lewat mencari idea untuk mengajar. semoga anak murid aku memperolehi ilmu yang aku nak sampaikan tu.


hari ni kelas seperti biasa tapi petang aku seperti minggu lalu. saya membantu guru2 lain untuk temasya sukan yang bakal berlangsung pada hari sabtu ini. aku terlibat dalam acara lompat jauh. walaupun pakai baju kuliah, tapi tak apa. lepas tu pergi ke padang pula untuk acara lari 200m saringan, lelaki dan perempuan. panas tak payah ceritalah. penat? taklah... huhu~

hari ke-13 praktikum: observe~

hurm... dari segi persiapan aku rasa dah cukup. tidur pukul4 pagi semata-mata nak memastikan tiada masalah bila pensyarah datang observe. siapkan portfolio praktikum dan kemaskini buku RPH.

ketika observe (penyeliaan):
- tempoh pengajaran 10 minit jadi 5 minit.
- menjadi gugup. tak seperti biasa.
- murid2 jadi kayu. semua macam takut bila ada pelawat. sebelum ini tak tahu pun angkat tangan nak jawab.
- masa ni la semua ABM nak cari pasal. yang jatuhlah, yang tak nak melekatlah.
- masih boleh cover masa walaupun lari dari plan asal.


komen pensyarah:
- banyak sangat cakap bahasa melayu. "you dah ambil peluang mereka untuk belajar math dalam bahasa inggeris."
- dah buat partition kat papan putih lepas tu padam balik (gugup punya pasal)
- idea hendaklah lebih kreatif. tambah lagi aktiviti melibatkan murid2.
- tiada aktiviti kumpulan.
- konfiden tinggi.
- suara kuat.
- lesson plan banyak tak lengkap (format tak seperti yang diinginkan pensyarah).

refleksi:
- aku dah cuba dah guna bahasa inggeris ketika mengajar pada minggu pertama dulu. tapi murid2 kebanyakannya tak faham. banyak tak capai objektif pengajaran. tapi bila dengar penjelasan pensyarah ada betulnya tu.
- aku memang dah cuba sedaya upaya nak hasilkan aktiviti yang menarik, tapi mungkin tak cukup kreatif. susahnya nak bagi P&P tu menarik. huhu~
- tapi pasal aktiviti kumpulan tu memang betul. selalunya aku akan buat aktiviti kumpulan tapi tak tahu kenapa hari ni aku tak buat pun. tapi mungkin seperti ada perasaan takut dalam hati nak buat aktiviti kumpulan sebab risau kawalan kelas hancur. inilah masalah aku, tak berani mengambil risiko.
- lesson plan ni memang dari awal lagi dah keliru. macam2 version lesson plan yang aku tengok. pelik je.


tindakan susulan:
- kelas yang akan datang aku akan gunakan bahasa inggeris semaksimum mungkin. kalau budak2 tak fahah, aku akan cuba gunakan pendekatan yang berbeza sperti saranan pensyarah. tunggulah murid2 ku!
- kalau nak kreatif ni kena expect the unexpected. jadi tak salah mencuba sesuatu yang baru. yang penting berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
- pasal aktiviti kumpulan ni bila2 masa pun aku akan cuba buat. murid2 seronok bila ada aktiviti yang melibatkan kumpulan.
- sekarang dah ada guidance yang betul, jadi selepas ni dah tak ada masalah untuk observe yang seterusnya, tak pun untuk praktikum yang seterusnya.

kesimpulannya, banyak lagi yang perlu aku pelajari lebih2 lagi tentang selok belok menjadi guru ni. yang penting jangan berhenti untuk belajar. komen2 yang pensyarah bagi tu aku terima dengan hati terbuka sebab ia untuk kebaikan aku juga. pensyarah lepas ni kalau berani datanglah observe aku lagi. hehe...

No comments:

Post a Comment