Sunday, April 4, 2010

seronok... tapi... (^o^)/

Assalamualaikum...

praktikum hari ke-11:

bagaimanakah perasaan anda semua kalau idea datang jam 1 pagi? masa tu kita tak ada apa2 pun. macam tu la keadaan aku semalam. bila mana idea nak buat P&P datang pada pukul 1 pagi. tidur pukul 3 pagi... huhu~


apa yang menarik hari ni, rasa amat berbaloi tidur pukul 3 pagi sebab segala aktiviti yang aku rancangkan berjalan dengan licinnya. seronok bila tengok murid2 semua enjoy dengan aktiviti yang aku jalankan. ini merupakan kali pertama dalam pengajaran aku yang menggunakan kaedah ganjaran untuk menarik minat murid untuk menjalankan aktiviti. ternyata mathematics word puzzle berjaya!

pada pukul 2 petang diadakan acara akhir acara padang dan saringan 200m untuk acara sukan. selain itu saringan untuk acara tarik tali juga dijalankan ditengah panas terik. wah... penat sungguh hari ni. tapi rasa puas bila dapat membantu. maklumlah, adik2 ni kena buat kerja lebih sikit. biasalah, darah muda... hehe.

malam pula aku sempat mengajar tusyen selama sejam. memang cukup terisi masa aku hari ni. itu pun masih ada masa nak menconteng blog ni. lesson plan untuk esok tak buat lagi... adeh~ tak apa sebab aku dah plan nak buat apa esok. lusa nak kena observe! wish me luck k...

No comments:

Post a Comment