Sunday, May 30, 2010

apalah nak jadi dengan kita ni?

Assalamualaikum...


sejak dua menjak ni kekecewaan aku terhadap kepimpinan negara semakin lama semakin bertambah dengan tindakan kerajaan yang dengan senang hatinya meluluskan lesen judi bersempena musim bola sepak piala dunia yang akan diadakan tak lama lagi. aku bukanlah pandai bab-bab agama ni tapi apa yang aku tahu judi ni haram tak kiralah apa alasan sekalipun.

bukan hak aku nak mengulas isu ni sebab ianya bukan bidang aku. tapi dari hasil bacaan yang aku dapat dari pelbagai sumber seperti blog-blog ustaz dan surat khabar, banyak perkara yang ternyata patut diambil berat oleh kerajaan mengenai isu ini. ada sesetengahnya yang menyokong? sebahagian besarnya pula menolak.

kebanyakkan yang menyokong adalah media pro kerajaan. sebagai contoh di utusan malaysia bertarikh 25.5.2010, ada tulisan mengenai isu ini oleh saudara mohd shauki abdul majid (pengurus penyelidikan YADIEM) yang menjawab persoalan mengenai isu ini. tapi akal fikiran rasional aku pun tak dapat menerimanya. artikel ini dengan jelas disangkal oleh ustaz khairul anuar bin ismail dalam blognya yang menjawab setiap satu persoalan yang ditimbulkan dalam artikel berkenaan. (lihat disini) ditambah pula dengan tulisan dari blog ni yang menceritakan pendirian ulama' terkenal (dr. yusof al-qaradhawi) berkenaan isu ini. (lihat disini)

kata negara islam, kenapa nak menghalalkan judi? bolehlah pula ada judi halal. kita yang terkenal dengan status negara islam dan sering kali lantang bersuara jika isu mengenai islam dibangkitkan dunia tiba-tiba mengeluarkan lesen judi. tahniahlah sebab menjadi negara islam pertama mungkin yang menghalalkan judi bola sepak ni.

teringat antara potongan ayat terakhir dalam khutbah jumaat yang lepas (antara yang aku ingatlah. lebih kurang je)

"apa gunanya sibuk mengharamkan judi jika kerajaan sendiri menghalalkan judi?"

aku rasa khutbah ni memang tepat kepada sasarannya. aku pun berharap negeri perak ni mengharamkan terus lesen judi. dengan harapan suara rakyat yang membantah ni di dengari. secara jujurnya aku risau dengan dengan negara kita. adakah suatu hari nanti ia akan jadi seperti indonesia islamnya? nauzubillah...

No comments:

Post a Comment