Monday, May 31, 2010

betulkan niat...

Assalamualaikum...

menceburi bidang teater di ipg merupakan salah satu cabang untuk aku menuntut ilmu. kalau di sekolah dulu, perasaan malu menjadi batu penghalang aku mengikuti persembahan teater, namun kini perasaan itu sedikit sebanyak hilang setelah 3 tahun setengah di ipg. Alhamdulillah sekarang aku adalah sebahagian daripada kumpulan teater ipg ipoh.

bidang teater memang minat aku dan aku memilihnya di atas beberapa faktor. antara faktor aku mengikuti bidang teater ini adalah disebabkan ia merupakan salah satu cara untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. selain itu, dengan berteater aku dapat meluahkan karekter-karekter sebenar aku yang selama ini di pendam (masa ni la boleh tengok aku yang lain) dan yang paling penting berteater dapat meningkatkan keyakinan diri aku berada di depan orang ramai. penting tu sebagai seorang cikgu...


seperkara yang di titik beratkan dalam kumpulan teater yang aku ceburi ini adalah berkenaan dengan niat. seringkali niat menjadi kayu ukur keberkesanan mesej yang ingin di sampaikan. "jangan sampai ada niat kita buat teater ni nak menunjukkan kehebatan kita" itu pesanan yang sering diulang-ulang sebelum dan selepas latihan.

hari ni Alhamdulillah aku dan rakan-rakan teater yang lain telah pun berjaya membuat persembahan bersempena sambutan hari guru peringkat ipg ipoh. secara keseluruhan persembahan tadi memberangsangkan walau kalau ikutkan ramai yang tak naik 'syeikh' mungkin atas pelbagai faktor seperti ruang yang terlampau besar dan pencahayaan yang tak sesuai mungkin.

walau apapun benda dah berlaku dan ramai juga yang terkesan dengan babak yang pelbagai diselit dengan unsur humor, serius dan sedih. sebab ada yang ketawa dan ada yang menangis. dengan ini harapan aku agar pelatih-pelatih yang lain juga dapat mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang teater. bilalah dewan seri tanjung dapat digunakan? haish~

No comments:

Post a Comment