Saturday, May 8, 2010

inno-race ipoh '10

Assalamualaikum...

seperti yang telah dijanjikan, hari ni merupakan tarikh bersejarah dalam hidup aku kerana sekali lagi aku berjaya menyertai aktiviti yang dalam memenuhkan album pengalaman hebat sepanjang hidup aku (eceh semangat je ayat...;p). bertempat di padang MBI ipoh, aku dan beberapa orang rakan unit f telah menyertai pertandingan inno-race ipoh 2010. pertandingan yang berbentuk ala-ala explorace ni memang syok dan banyak pengalaman yang aku peroleh sepanjang aktiviti berlangsung.

inilah ahli kumpulan aku yang terdiri daripada izwan(jen), asmidar(midat), hasmiyuhairi(eyie) dan azah bergabung dan meletup bak kata adam dan stacy dalam lagu mereka.
kumpulan kami diberi nama GT rangers (great teacher)


yang ni pula kawan-kawan dari kumpulan lagi satu. go geng!


kami... kami... kami... kami...


azah tak boleh blah... eyie dengan gaya kebudak-budakannya... hehe.


dalam kategori IP (innovation product). walaupun kami tak menang tapi kami berbangga dengan produk kami. sangat inovativ ye...


ni dalam perjalanan mencari klu-klu yang sangat tricky...


selepas berjaya di checkpoint ke 5. telur tidak pecah... tahniah GT rangers!


dalam cabaran yang kedua ni kami dikehendaki mencari jawapan bagi setiap soalan yang telah diberikan. jawapan boleh diperolehi di sepanjang perjalanan sehingga ke checkpoint terakhir. ada peta dan ada checkpoint. setiap checkpoint ada cabaran masing-masing.

dalam aktiviti ni memang banyak benda yang menyeronokkan. jawapan bagi soalan yang diberikan memang menguji kekreatifan peserta. antara soalan yang memang best:
soalan:
tambah ch di depan jadi saduran yang berkilat, tambah o dibelakang jadi pencinta terhebat, buang o jadi empayar terhebat, dan tuka r dengan k jadi 'awak' dalam loghat perak.
jawapan: ROME... huhu
soalan:
apalah daun ni dah rendam dalam air panas pun masih nak seronok.
jawapan: kedai nama joy tea house.
soalan:
apa tengok skrin tu bang? tengok markah ke? kalau tengok "sebab markah lebih"... lebih kuranglah lupa dah soalan ni...
jawapan: cosmopoint (cause more point? huhu...)
banyak lagilah soalan yang amat tricky... kadang-kadang tak terbayang langsung kalau itulah jawapannya.

antara IP yang terpilih. produk kami lagi cantik. rugi mereka tak pilih kami.


kenapa YB ni cakap lama sangat... layan mata jap.,, ;p


dah nak balik dah... seronok, gembira, mencabar dan dapat baju free... hoho~


walaupun kami kalah tapi kami telah membuat beberapa kesimpulan kalau nak menang pertandingan ni.

1. kalau nak menang dalam kategori IP apa yang kita perlu buat jangan ambil benda-benda yang pelik, cari benda yang biasa tapi pastikan nilai komersial tu ada. (hiasan lebih markah lebih)
2. kalau agak-agak produk kita tu canggih jangan lupa selitkan penerangan sikit sebab kalau tak ada hakim tak tahu.
3. untuk soalan inno-race salah seorang ahli kumpulan aku telah membuat kesimpulan kalau nak jawab soalan ni jangan fikir terlampau jauh sebab jawapannya ada di depan mata dan hanya memerlukan minda yang kreatif. contoh: bulan dan bintang bukan maksud dia masjid tapi memang betul-betul gambar bulan dan bintang.
3. kerjasama amat penting sebab memang kalau jawab berseorangan kepala boleh pusing... hihi.
4. mata kena peka dengan persekitaran sebab kalau terlepas pandang memang susah nak cari balik.
5. kalau soalan tu memungkinkan orang lain pun tak boleh jawab maknanya mesti ada kaitan dengan huruf pertama dalam perkataan ataupun sejarah mereka. contoh: louis vuitton = L&V
6. kalau nak tahu lagi memang kena join pertandingan ni. memang seronok...

sekian... adios!

No comments:

Post a Comment